Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Bakar Terengganu Yang Terpadu Abad Ini, Aromanya Menusuk Hidung. Tak Sabar Nak Rasa!

Resepi Ikan Bakar Terengganu Yang Terpadu Abad Ini, Aromanya Menusuk Hidung. Tak Sabar Nak Rasa!

Kategori: ,
ikan bakar terengganu

Ikan merupakan antara lauk-pauk yang sangat popular dalam kalangan penduduk yang tinggal di tepi pantai. Kebanyakan yang berasal dari kawasan pantai ini sangat menggemari ikan. Tidak kira ikan apa dan bersaiz apa sekali pun. Pasti setiap hidangan, mereka akan memastikan ada lauk ikan ini. Ia diibaratkan sebagai menu utama.

Malah apabila menjelang bulan puasa, pasti penduduk di kawasan pantai atau rakyat pantai timur seperti Terengganu akan menyediakan ikan bakar. Malah Ikan Bakar Terengganu ini turut boleh didapati di bazar Ramadan. Namun jika anda seorang yang ringan tulang, boleh sahaja membuatnya sendiri di rumah.

Lebih jimat dan pastinya lebih sedap, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai. Nak cuba buat sendiri di rumah ikan bakar ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Ikan Bakar Terengganu Yang Super Padu!

Bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar hujung jari
  • 4 batang serai
  • 7 biji cili api (jika suka pedas)

Bahan Potong/Mayang:

  • 1 batang bunga kantan
  • 1/2 ikat daun kesom
  • 6 helai daun limau purut

Bahan Lain:

  • 1/2 kerek nisang
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Perasa
  • Minyak masak
  • 4 sb cili boh
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar halus.
  2. Tumiskan bahan tersebut sehingga naik bau, kemudian masukkan cili boh.
  3. Tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan pula nisang.
  4. Biarkan nisang cair dan masukkan pula air asam jawa. Biarkan mendidih.
  5. Selepas itu masukkan bahan mayang dan akhir sekali masukkan pula garam, gula dan perasa.
  6. Masak dengan api kecil selama 1 hingga 2 jam atau sehingga rempah ikan bakar bertukar menjadi gelap dan kuahnya pekat.
  7. Kemudian bakar ikan setengah masak dan bolehlah letakkan rempah ikan bakar. 
  8. Tutupkan bekas bakarnya, masa bakar akan bergantung kepada jenis ikan.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Bakar Terengganu ini? Kalau tiada lauk lain, cukup sekadar lauk ini sahaja. Walaupun sangat simple namun rasanya sangatlah enak. Aromanya yang menusuk hidung pasti membuatkan kita tak sabar untuk merasainya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba membuatnya sekarang.

Selamat mencuba!

Kredit: Muliadi Ramli 

Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Tanpa Letupan Sedikit Pun, Rupa Pun Elok & Tak Menjadi Lembik!

tags: | |