Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mengiurkan Sungguh Ikan Goreng Masak Asam Ni, Bau Semerbak Sampai Ke Rumah Jiran!

Mengiurkan Sungguh Ikan Goreng Masak Asam Ni, Bau Semerbak Sampai Ke Rumah Jiran!

Kategori:
ikan goreng masak asam

Kadang-kadang bosan juga asyik makan ikan goreng yang digoreng dengan garam dan kunyit sahaja kan? Apa jom buat ikan goreng masak asam ni pula. Tak susah pun, senang sangat! Rasanya pun sungguh mengiurkan. Baunya juga mampu menarik perhatian jiran anda, memang sedap sungguh ni! Jom cuba!

Mengiurkan Sungguh Ikan Goreng Masak Asam Ni, Bau Semerbak Sampai Ke Rumah Jiran!

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung
  • Bancuhan air asam jawa
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • 1sk sos tiram
  • Daun bawang dan bawang besar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Lumurkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit, kari ikan dan garam.
  2. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak goreng ikan tadi, buangkan sedikit jangan terlalu banyak.
  4. Tumiskan bahan-bahan lain yang sudah dihiris halus sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, air asam jawa dan sedikit gula. Kacau sehingga masak.
  6. Bila dah secukup rasa, curahkan ke atas ikan tadi.

Kredit: Wan Luqman

 

Baca juga: Cara Buat Burger Prosperity Homemade Ala Mcd, Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!

tags: