Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Goreng Masak Lemak

Resepi Ikan Goreng Masak Lemak

Kategori:
resepi ikan goreng masak lemak

Untuk masakan hari ini adalah Ikan Goreng Masak Lemak. Biasanya, bila kita masak  ikan masak lemak, kita akan merebus sahaja ikan. Tetapi resepi kali ini akan menggunakan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Jadi jom kita lihat resepi untuk membuatnya!

Cara Buat Ikan Goreng Masak Lemak Yang Padu

Bahan-bahan :

  • Ikan
  • Kunyit
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Minyak Masak
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk*
  • 2 batang serai – diketuk*
  • 3 ulas bawang merah – dihiris*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu teh kunyit*
  • Air
  • Santan Kotak
  • Garam & Gula
  • Bawang Besar
  • Daun Sup / Daun Bawang

Cara Memasak :

  1. Gaulkan ikan dengan kunyit, garam dan lada hitam.
  2. Goreng ikan.
  3. Tumis bahan bertanda (*).
  4. Tuangkan air. Kacau.
  5. Masukkan santan kotak dan air(untuk lebihkan kuah). Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Setelah mendidih masukkan bawang besar dan ikan.
  8. Biarkan ia mendidih sekejap.
  9. Angkat. Siap!!

Selamat Mencuba!

Rujuk video di bawah.

Sumber : Ani’s Home Recipe

Baca juga : Mengiurkan Sungguh Ikan Goreng Masak Asam Ni, Bau Semerbak Sampai Ke Rumah Jiran!

tags: