Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Masam, Perap Lagi Lama Lagi Sedap. Simpan Dalam Peti Tinggal Nak Goreng Sahaja!

Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Masam, Perap Lagi Lama Lagi Sedap. Simpan Dalam Peti Tinggal Nak Goreng Sahaja!

Kategori: ,
resepi ikan masam

Bila baca resepi ikan masam ni, korang mesti terfikir ikan pekasam kan. Tetapi faktanya, ikan pekasam ni memang lain dari ikan masam. Nama sahaja yang seakan sama. Tetapi rasa dan kesedapannya memang berbeza.

Bagi yang belum merasainya, trylah sendiri kesedapannya. Makan dengan nasi panas-panas je pun dah sedap. Nak lagi mudah, boleh buat untuk sekilo terus. Mudah kalau nak makan tinggal ammbil dari peti ais dan goreng sahaja.

Jom lihat cara-cara membuatnya yang dikongsikan oleh Ida Shahida di bawah.

Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Masam, Perap Lagi Lama Lagi Sedap. Simpan Dalam Peti Tinggal Nak Goreng Sahaja!

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ikan
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 20 keping asam keping
  • 1 sudu besar asam jawa
  • gula secukup rasa
  • 2 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Kembangkan asam keping dan asam jawa sahaja.
  2. Air tak perlu banyak sebab nanti semasa perap ikan tu akan mengeluarkan airnya juga.
  3. Diperap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru gorengkan ia.
  4. Jika agak kekeringan sebab sudah banyak hari, boleh masukkan 2-3 sudu air unruk mengembangkan ikan tu semula.
  5. Ikan ni boelh disimpan dna dimakan selagi tidak habis. Maksudnya boleh bertahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais.
  6. Nak goreng – boleh basuh dahulu sedikit nak bersihkan badan ikan tu atau pun tak perlu cuci pun boleh. Terus digoreng.

resepi ikan masam resepi ikan masam resepi ikan masam

Info:

  • Boleh simpan selama mana yang anda suka asalkan tetap di dalam peti ais
  • Sedap sangat
  • Tidak masin seperti ikan masin
  • Hari ke 3 dah dapat makan
  • Bila goreng tidak berbau satu rumah/satu taman
  • Tak perlu dijemur atau dikukus
  • Bila nak digoreng tak perlu dicuci dengan air

Sumber: Ida Shahida

Baca juga: Resepi Maggi Chili Oil Viral, Rasa Kenyal Dan Sedap! Rupanya Mudah Sangat Kalau Nak Masak

tags: | |