Ikan percik memang sering mendapat sambutan dan disukai orang ramai ketika bulan ramadhan. Berbuka tanpa ikan percik tidak lengkap rasanya. Tetapi itu di bulan ramadhan, sangat mudah untuk dijumpai. Kalau bulan selainnya agak sukar nak jumpai ikan percik yang sedap dan menyelerakan.
Dan pasti ada yang mengidam-idamkannya. Jadi apa kata anda buat sendiri dan rujuk resepi ikan percik warisan turun temurun keluarga wanita yang berkongsi resepi ini. Memang sedap sangat!
Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Percik Warisan Turun Temurun Keluarganya, Memang Mengancam
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Kembung 5 ekor ( basuh bersih dan kelar ikan)
Bahan kisar lumat (untuk lumur pada ikan)
- 2 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 1/2 inci kunyit hidup
- 3/4 sudu besar garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal
Bahan kuah percik:
- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
2 ulas bawang putih
1/2 hiris nipis halia
Secubit belacan
1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Bahan lain:
- 1 1/2 sudu besar cili kisar( kisar sendiri)
CARA PENYEDIAAN:
- Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit
- Kisar semua bahan kuah percik hingga lumat dan masukkan bahan kisar dalam periuk.Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa). Tambahkan 1 senduk air kosong.
- Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.Jadi kalau nak buat percik putih tak perlu tambah cili kisar. Itu sahaja bezanya. Pada warna semata.
- Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
- Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa. Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
- Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
- Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
- Kemudian sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Buat kedua-dua belah bahagian. Boleh ulang dua kali untuk memastikan kuah melekat. Waktu ni bau harum semerbak menguasai selepas kuah disalai sekali atas bara api.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Afy AL Habibi