Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Tak Pernah Lagi Rasa Ikan Siakap Sedap Macam Ni”, Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Wanita Ini Di Puji. Ini Resepinya..

“Tak Pernah Lagi Rasa Ikan Siakap Sedap Macam Ni”, Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Wanita Ini Di Puji. Ini Resepinya..

Kategori:
resepi siakap 3 rasa

Ikan siakap merupakan ikan air tawar dan juga air masin. Kebiasaanya ikan siakap ini memang sedap dibuat 3 rasa. Ikannya digoreng garing dan dicurahkan tumisan sos 3 rasa, memang akan membangkitkan selera. Nak sediakan hidangan ikan siakap 3 rasa ini bukan susah sangat pun, hanya perlu tahu langkah yang betul sahaja. Dan ini ada resepi ikan siakap 3 rasa yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook.

“Tak Pernah Lagi Rasa Ikan Siakap Sedap Macam Ni”, Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Wanita Ini Di Puji. Ini Resepinya..

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan siakap
  • Nenas |dipotong dadu
  • Bawang merah besar 1 biji | dipotong dadu
  • Tomato 1 biji |dipotong dadu
  • Cili padi |diracik bulat-bulat halus
  • 2 sdb cili kering kisar
  • 2sdb sos tiram
  • 3-4 sdb sos cili
  • 1 mangkuk/ 200ml air
  • 2sb tepung jagung |goreng garing

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak.
  2. Masukkan cili kering kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kacau-kacau.
  4. Tambahkan pula air. Kemudian masukkan cili potong dan bawang merah potong.
  5. Masukkan nenas, tomato, garam, gula dan serbuk penaik.
  6. Kacau sebati dan tutup api ketepikan.
  7. Ikan siakap yang sudah di basuh dilumurkan garam dan 2 sdb tepung jagung. Lalu goreng sehingga garing.
  8. Apabila dah siap goreng, masukkan dalam pinggan dan tuangkan sos 3 rasa yang kita masak tadi.
  9. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Anita Sahara

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Masak Tomyam, Memang Sedap Yang Amat Semakin Berselera Makan

tags: |