Resepi kali ni adalah Ikan Siakap Masak Masam Manis. Juadah ini banyak terdapat di restoran tomyam yang sesuai untuk makan malam bersama keluarga. Kini kami ingin kongsikan untuk anda cara membuat Ikan Siakap Masak Masam Manis supaya anda boleh menikmati juadaah ini bersama keluarga di rumah dan tidak perlu ke kedai tomyam lagi.

 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (disalut dengan garam, kunyit dan tepung jagung)
  • 1/3 batang timun
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan daun bawang
  • 1 hiris halia
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 1/2 cawan air

 

Cara-cara memasak:

  1. Ambil seekor ikan siakap dan kelar pada bahagian tengah ikan tersebut
  2. Masukkan garam dicelah tempat yang dikelar tadi dan lumurkan kunyit kemudian lumurkan pula tepung jagung
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan sekepinng asam gelugor
  4. Setelah minyak di dalam kuali itu panas, masukkan ikan siakap yang telah siap dilumurkan tadi. Goreng sehingga rangup
  5. Kemudian di dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang holland dan cili merah
  6. Seterusnya masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sedikit air. Kemudian kacau sehingga rata dan masukkan timun, tomato serta garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati
  7. Tuangkan sos yang telah siap dimasak ke atas ikan yang telah di goreng

 

DAH SIAP!!!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)