Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Asyik Buat 3 Rasa Je, Jom Buat Ikan Siakap Masak Tomyam Ala Kedai Thai Pulak!

Asyik Buat 3 Rasa Je, Jom Buat Ikan Siakap Masak Tomyam Ala Kedai Thai Pulak!

Kategori:
Ikan Siakap Masak Tomyam

Asyik buat ikan siakap 3 rasa dan sweet sour je. Kadang-kadang rasa bosan jugak kan? Jangan risau, selain dari menu itu anda juga boleh buat ikan siakap masak tomyam. Menu yang memang padu habis kalau biasa makan di restoran Thai.

Kalau ada yang nak cuba buat ikan siakap masak tomyam padu macam di restoran Thai, boleh lihat cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!

Asyik Buat 3 Rasa Je, Jom Buat Ikan Siakap Masak Tomyam Ala Kedai Thai Pulak!

Bahan-bahan:

  • Serai 4 batang hiris (2 batang letak sumbat dalam ikan)
  • Lengkuas 1/2 inci – dihiris
  • Bawang putih 4 ulas – dihiris
  • 1 akar ketumbar – diketuk
  • Air
  • 2 sdb pes tomyam
  • Sedikit sos ikan
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sd gula perang/nissan
  • Sayuran ((bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili))
  • Sebiji limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Dalam kuali, letakkan serai, ikan yang disumbat dengan serai, lengkuas, bawang putih dan akar ketumbar.
  2. Kemudian masukkan air dan didihkan.
  3. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
  4. Gunakan pes jenama ni. Padu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takde pun ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.
  5. Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili).
  6. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
  7. Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
  8. Selamat mencuba!

Kredit: Noor Hafiza Mohamad

tags: