Tidak dinafikan, sudah ramai rakyat Malaysia yang mengenali Azlina Ina atau lebih mesra dipanggil ‘Mak’. Beliau yang tidak lokek berkongsikan pelbagai resepi kek yang juga merupakan hasil jualannya. Di antara kek yang pernah dikongsikan oleh beliau iaitu kek hazel tiramisu, kek cheese leleh pandan dan banyak lagi.
Kali ini beliau berkongsikan pula resepi Indungence Box Melting yang sering menjadi permintaan pelanggan. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Ikuti resepi lengkap di bawah,
Azlina Ina ‘Dedah’ Resepi Indulgence Box Melting Yang Selalu Menjadi ‘Top Sales’
Bahan A:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus (200g-220g)
- 2 sb ovalate
- Sedikit emolco coklat
Bahan B (Ayak):
- 2 cawan tepung gandum (220g)
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- Sedikit garam halus
- 1 cawan serbuk koko
Bahan C:
- 1 cawan susu pekat (265g)
- 1 cawan minyak masak (200g)
- 1/2 cawan air panas (100g)
Cara-cara:
- Satukan bahan A dan pukul sehingga gebu.
- Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak.
- Perlahan mixer, masukkan bahan B yang sudah diayak dan air panas berselang seli. Pukul sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam bekas sq 450, kukus selama 15 minit menggunakan api besar.
- Sementara tunggu kek sejuk, kita buat krim dia dulu.
Bahan Coklat Ganache:
- 1 kg coklat blok beryls dark compound
- 1 kotak whipping cream dairy (1 liter)
- 2 sb butter
Cara-cara:
- Cairkan coklat dalam pengukus atau oven.
- Bila coklat dah lembut, kacau guna whisk. Biarkan sehingga dia jadi agak pekat di suhu bilik.
Bahan Cream Cheese:
-
500g cream cheese
-
1/2 cawan susu pekat
- 1/2 kotak whiping cream non dairy
- 4 sb gelatin + 1/2 cawan air panas
Cara-cara:
- Mix cream cheese sampai sebati. Masukkan 1/2 kotak whipping cream. Pukul sehingga gebu.
- Dalam mangkuk lain, cairkan gelatin bersama air panas.
- Masukkan separuh ke dalam campuran cream cheese dan whipping cream tadi. Masukkan separuh lagi ke dalam coklat ganache tadi.
- Bahagikan campuran cream cheese dan whipping cream tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian letakkan 3sb coklat ganache, 3sb nutella dan emolco coklat. Kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan sebegitu.
Cara lengkap:
- Belah kek yang sudah sejuk tadi kepada 2 bahagian. Letakkan kembali 1 bahagian kek ke dalam bekas.
- Kemudian tuangkan cream coklat, kemudian lapikkan dengan kek yang lagi satu. Letakkan cream putih pula.
- Sejukkan dulu, baru tuangkan coklat ganache.
- Taburkan hiasan seperti rice coklat.
- Siap.
Kredit: Azlina Ina Fans