Macam yang kak M janjikan siang tadi meh nak share resepi Kacang Pool yang popular kat Johor dan Singapura. Asalnya makanan ni dibawak masuk orang-orang Arab, Menu ni dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil ‘foul medammas. Biasanya kak M guna yang jenis dalam tin jenama Kimball ada jual kat Giant, Tesco atau pun kedai-kedai arab.
Selain kacang pool, boleh jugak masukkan kacang-kacang lain. Contoh baked beans, red beans atau pun chick peas. Macam-macam resepi kacang pool ni sebenarnya. Nak guna kacang pool sahaja pun boleh. Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita #kitabuatdia. Kak M nak letak red beans sebenarnya, tak jumpa plak jadi kak M guna 2 jenis kacang aje.
Kacang pool ni biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau (kak M tambahn cili merah bagi cantik sket). Masak kacang pool ni mudah jer tak perlu bahan yang banyak sangat. Cicah kacang pool ni dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool.

Jom kita tengok resepi kat yang kak M guna

1. Cuci bersih daging cincang dan letak dalam tapis dan tos.
2. Remas kacang pool dan baked beans hingga pecah tapi tak payah sampai lumat.
4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biar sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi sampai naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa sampai naik minyak.Kemudian masukan daging cincang dan masak lagi sampai naik minyak lagi.
5. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan kalau nak lebih pekat) kacau hingga air mendidih. Masukan baked bean dan kacang pool tadi. Kacau sentiasa dan gunakkan api sederhana selama lebih kurang 15 – 20 minit.
Bila nak hidang, cedok kacang pool mangkuk kemudian taburkan cili hijau, bawang besar dadu dan letak sekeping telur mata. dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti yang awak suka. Roti Perancis boleh, gardenia boleh, tapi kak M suka beli roti homemade dari sorang kakak ni kat paya jaras.
Follow kami di Youtube : https://www.youtube.com/c/DailyMakan