Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Ala Utara, Beraroma Dan Menyelerakan

Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Ala Utara, Beraroma Dan Menyelerakan

Kategori: ,

 

Jika di Terengganu, ikan tongkol dikenali dengan ikan ayer, manakala di Kelantan dikenali dengan nama ikan ayo. Kebiasaannya di negeri pantai timur, kari ikan tongkol akan di makan bersama dengan nasi dagang. Resepi yang dikongsi oleh Afy AL Habibi ini pula kari ikan tongkol ala utara. Masakan kari ini memang beraroma dan sangat menyelerakan. Tengok gambar pun dah nampak sedap, apa lagi kalau makan ni.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan tongkol/ayo
  • 1/2 bji tomato
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 Kerek gula melaka
  • Sedikit garam
  • 1/2 kotak kecil santan

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang putih
  • sehiris lengkuas
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 2 hiris nipis serai
  • 1 sk campuran rempah, ketumbar dan jintan manis

Bahan Tumis:

  • 1 sb halba campur
  • Setangkai daun kari
  • 3 sekawan

Bahan Rempah:

  • 2 sb kari ikan cikgu afy
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sb serbuk lada Baba’s

Sayuran Pilihan: (ikut suka je)

  • Bendi
  • Terung
  • Lada siam
  • 1/2 biji tomato

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis 3 sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan halba campur.
  4. Seterusnya tumis bahan kisar sehingga garing.
  5. Masukkan kesemua bahan rempah tadi ke dalam kuali bersama dengan tomato.
  6. Tunggu sehingga rempah garing, gunakan api yang perlahan sahaja.
  7. Kemudian baru masukkan air.
  8. Masukkan gula melaka dan sedikit garam.
  9. Biarkan pes menjadi pecah minyak.
  10. Sementara itu, basuh dan toskan ikan ayo hitam sehingga bersih. Kemudian lumur dengan sedikit garam dan perap seketika.
  11. Susun ikan tadi dalaam kuali @ periuk selepas pes pecah minyak. Biarkan isi ikan meresap.
  12. Barulah masukkam santan. Kuantiti kepekatan kuah terpulang kepada citarasa sendiri.
  13. Selepas kuah menggelegak, masukkan perisa peringkat kedua. Perasakan dengan garam dan gula melaka secukupnya.
  14. Masukkan kesemua sayuran pilihan anda ke dalam kuali selepas kuah menepati citarasa.
  15. Tutup api selepas seminit dua.
  16. Sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afy AL Habibi

 

tags: