Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Siapa Pernah Cuba Kari Rambutan? Ramai Orang Cakap Sedap, Ini Resepinya

Siapa Pernah Cuba Kari Rambutan? Ramai Orang Cakap Sedap, Ini Resepinya

Kategori:
resepi kari rambutan

Ini dia cara membuat kari rambutan. Mesti ramai yang tak pernah cuba atau rasa kari rambutan ini. Bagi sesetengah orang, rasa kari rambutan ini sangat sedap. Dan cara nak menyediakan lebih kurang sama caranya macam gulai nangka. Tapi rebus rambutan agak ambil masa yg lama, sekurang2nya 1/2 jam api sederhana. Jadi kalau anda nak tahu macam mana rasanya, jom buat rujuk resepi di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg isi rambutan
  • 3 sb rempah kari ( serbuk kari apa pun tak apa)
  • 1 sb serbuk kunyit,
  • Bawang ( dipotong halus)
  • Santan
  • Udang
  • Perasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus rambutan dengan rempah kari.
  2. Masukkan air hingga menutupi rambutan.
  3. Rebus hingga hampir kering.
  4. Masak air, bawang, santan, udang dan perasa.
  5. Bila dah masak tumis darat ,kalau malas tabur bawang goreng sahaja.

*Kalau tak suka rasa manis rambutan , elok buang air masa mendidih kali pertama , lepas tu baru masuk air sekali lagi dan rebus hingga rambutan lembut.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Normah Bahari Via MAHN

tags: |