Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Karipap Timbul Jerawat Lebih Sedap? Peniaga Ini Dedah Resepi Jualannya. Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah!

Karipap Timbul Jerawat Lebih Sedap? Peniaga Ini Dedah Resepi Jualannya. Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah!

Kategori: ,
karipap timbul jerawat

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis karipap. Karipap buncit, karipap pusing, karipap angin dan juga karipap berjerawat. Ramai kata karipap yang berjerawat lebih sedap. Betul juga tu, karipap yang timbul jerawat ini mungkin lebih lembut dan rangup.

Namun begitu, masih ramai yang tidak mampu atau tidak tahu cara untuk menyediakan karipap seperti ini. Oleh hal demikian, peniaga yang dikenali dengan nama Kencana Melor ada berkongsi resepi karipap berjerawat ini. Memandangkan ramai yang suka dan minta resepi, jadi dia kongsikan di group MATJHN.

Cara Buat Karipap Timbul Jerawat Yang Lembut, Rangup & Sedap!

Bahan-bahan:

  • 850 gram tepung gandum cap bunga ros (1 paket)
  • 3 sb penuh marjerin
  • 1 sk garam
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan hingga menjadi serbuk.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh. Doh jangan keras, jangan lembik. Part ini kena pandai agak-agak.
  3. Siap uli, biarkan seketika hingga doh menjadi lembut. Apabila dah lembut uli sekadar dan bulat-bulatkan doh ikut saiz yang nak.
  4. Leperkan doh dan gelek senipis mana yang dimahukan.
  5. Kemudian masukkan inti kegemaran dan kelim sekemasnya.
  6. Siap semua, panaskan minyak.
  7. Apabila minyak dah betul-betul panas boleh digorengkan separa masak jika nak buat frozen. Kalau nak makan, gorenglah sehingga keperangan.
  8. Siap.

Wah mudah sangat nak buat karipap yang timbul jerawat ini. Bahan yang digunakan pun bahan yang sangat mudah dicari. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang. Buat banyak-banyak terus dan bekukan. Nak makan goreng je.

Selamat mencuba!

Kredit: Kencana Melor

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Roll Yang Mudah, 30 Minit Je Dah Boleh Siap. Rangup & Sedap Pulak Tu!

 

tags: | | | |