Asyik makan kek batik indulgence je. Apa kata kali ini buat kek batik indulgence cheese pula. Memang tersangat sedap! Anda semua boleh cuba buat dengan rujuk resepi kat bawah ni. Memang tersangat sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 2 Paket biskut merry | patah-patahkan
- Bahan Lain:
- 1 cawan milo
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 1/2 cawan susu pekat bersamaan satu tin
- 1/2 tin susu cair kalau guna susu segar 3/4 cawan
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan butter bagi cair.
- Matikan api sekejap kemudian masukkan serbuk milo dengan serbuk koko.
- Kacau dan masukkan susu pekat, kacau juga. Api perlahan je masa ni.
- Kemudian masukkan susu cair atau susu segar dan kacau.
- Dengan api yang paling perlahan masak sehingga pekat.
- Masukkan biskut merry dan gaul laju-laju.
- Selepas itu ambil loyang 9×9 dan padat-padatkan. (boleh guna loyang yang boleh buka kat bawah, lagi senang)
UNTUK CHEESE BAKE:
Bahan-bahan:
- 500g cream cheese
- 150g gula halus
- 4 biji telur
*nak kisar boleh, nak mixer pun boleh
Cara Penyediaan:
- Tuangkan atas kek batik tadi dan ratakan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.
- Buka oven dan panaskan dulu. Lepastu masukkan kek batik tadi.
- Api atas sahaja dengan suhu 170 C selama 20 minit atau bergantung pada suhu oven masing-masing.
- Selepas 20 minit boleh sentuh dengan jari sama ada melekat ke tidak. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
- Keluarkan dan biar sejuk kejap.
- Masukkan dalam peti ais chiller selama 1 jam.
UNTUK GANACHE:
Bahan-bahan:
- 300 g berlys dark compound (kalau suka manis boleh buat milk compound)
- 200ml whipping dairy
- 2 sb butter
Cara Penyediaan:
- Double boilerkan sehingga cair semua bahan.
- Selepas itu putarkan semua dan masukkan 2 sb gelatin halal dan 1/4 cawan air panas.
- Satukan kesemuanya sampai larut dan tuangkan dalam ganache tadi.Kacau sebati.
- Apabila kek batik tadi dh keras dan cheesenya dah cantik. Baru boleh tuangkan ganache tadi dalam loyang dan sejukkan semalaman.
- Sisipkan tepi-tepi dengan pisau yang di celup air panas dan lapkan.
- Nanti potong je ikut kaedah atau bentuk yang anda suka.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Kuali Mama