Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Cheese Hanya Dengan 3 Bahan Je Tapi Hasilnya Tetap Wow!

Resepi Kek Cheese Hanya Dengan 3 Bahan Je Tapi Hasilnya Tetap Wow!

Kategori: ,

Ini dia resepi kek cheese yang mudah hanya dengan 3 bahan sahaja. Tapi hasilnya gebu gebas. Rugi tau kalau tak cuba. Dahla Sedap dan lembut pula.

BAHAN-BAHAN :

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat Manis
  • 3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
  2. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
  3. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
  4. Kemudian campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
  5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
  6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
  7. Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
  8. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  9. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
  10. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
  11. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap. Boleh guna parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Ukhtie Rubiy Via BIKMM

 

tags: