Resepi kek coklat biskut ini dikongsi oleh Danish Harraz di group MAHN. Kek ini sangat mudah untuk disediakan sebab tidak perlukan oven. Ianya juga bagus untuk kesihatan anda sebab tidak perlukan susu manis dan gula. Sangat mudah dan memang sedap. Anda tidak perlu sakit kepala untuk menyediakan pemanis mulut untuk anak-anak atau keluarga anda. Anda hanya perlu rujuk dan ikuti langkah resepi di bawah ini sahja.
BAHAN-BAHAN:
- 400grams Biskut Ladyfingers (Sesuai juga gunakan biskut Marie, Digestive Biscuit atau Graham Biscuit, ikut budget anda)
- 350 ml Dairy whipping cream
- 150 ml Full Cream Milk
- 300 grams Dark Chocolate
- 100 grams Milk Chocolate (Danish guna Dark Beryls, sedia manis. Boleh guna apa saja brand chocolate compound/chips ikut budget ya. If suka lebih manis, lebihkan milk chocolate, Danish guna Callebaut)
- 150 grams Unsalted Butter
- 1 sudu teh Vanilla Extract
- ¼ sudu teh Garam Halus (optional)
- Apa-apa jenis Kekacang, jika suka (optional)
- Loyang Springform 9″ atau boleh juga guna loyang 4 segi dan loyang biasa. Just lebihkan baking paper supaya senang tarik kek keluar jika guna loyang biasa.
CARA PENYEDIAAN:
- Potong Ladyfingers 3-4 bahagian setiap keping jika mahu corak lebih kasar. Danish potong 5.
- Biarkan Ganache sejuk sebelum tuang dalam Ladyfingers. Jika mahu buat ganache guna semua whipping cream pun boleh. Jika mahu guna semua full cream milk juga boleh. Bezanya hanya akan kurang rich.
- Ladyfingers digaul ganache cukup sekata saja dan elak gaul hingga Ladyfingers hancur ya.
- Simpan sebahagian ganache untuk dijadikan topping kek. Boleh agak-agak bergantung tebal mana topping yang kita nak.
- Padatkan biskut waktu dalam loyang sebelum tuang ganache untuk topping supaya cantik bila dipotong nanti. Danish sejukkan Kek Biskut semalaman dalam peti sejuk.
- Tahap manis Kek Coklat Biskut ini bergantung pada jenis dark dan milk chocolate yang digunakan. Ada dark chocolate yang still manis kerana mengandungi gula dan rendah cocoa. Jika guna Dark Chocolate yang bitter, boleh lebihkan sedikit Milk Chocolate untuk balance kan kecuali jika memang prefer rasa dark chocolate yang kuat.
*Lihat cara penyediaan di video bawah ini
https://www.facebook.com/1135380959/videos/pcb.3332289067094386/10221990862577393/
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Danish Harraz Via MAHN