Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Mudah Kek Coklat Dilengkapi Dengan Lapisan Cheese Di Tengah, Memang Menggiurkan!

Resepi Mudah Kek Coklat Dilengkapi Dengan Lapisan Cheese Di Tengah, Memang Menggiurkan!

Kategori:
resepi kek coklat cheese

Kek coklat cheese ini memang lain dari yang lain. Dilengkapi dengan lapisan cheese di tengah-tengah dan dikukus sempurna memang sangat menyelerakan. Anak-anak pasti suka punya kek yang macam ini. Bukan sahaja sedap malah nak menyediakannya juga sangatlah mudah.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian Intan Zuhairah di bawah ini. Sekali buat pasti lepas ni nak buat lagi.

Cara Mudah Buat Kek Coklat Cheese Yang Enak & Menyelerakan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak(nak lagi sedap guna minyak jagung)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanila

Bahan Cheese Layer:

  • 250 gm cream cheese
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan air

*Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung. Teruskan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak masak ke dalam periuk. Kemudian masakkan di atas api yang perlahan sehingga larut dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Kisar semua telur sehingga kembang sehingga nampak berbuih-buih keputihan.
  4. Masukkan telur yang di blend dan esen vanila kedalam bahan yg dimasak tadi kacau sampai sebati.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang diayak tadi.
  6. Kacau sehingga sebati dan jangan biarkan ianya berketul-ketul.
  7. Panaskan pengukus dan biarkan air mendidih dahulu baru masuk adunan kek ke dalam bekas.
  8. Kukus separuh adunan kek coklat selama 20minit, kemudian masuk kan adunan cheese kukus selama 10-15minit kemudian masuk kan separuh adunan kek tadi kukus lagi selama 20-30minit.
  9. Sejukkan dah boleh makan

Nota: Kalau nak kek tahan lama simpan dalam peti sejuk. Kek akan jadi lebih moist lagi dan sedap bila makan sejuk-sejuk.

Mudah sahaja kan nak menyediakan kek coklat cheese ini. Kalau dah mahir buat dan ternyata memang sedap bolehlah lepas ni nak menjual pula. Apa pun jangan lupa kongsikan kek yang sedap ini kepada kaum keluarga dan kenalan anda ya!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Intan Zuhairah

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemon Yang Sedap Dan Menyelerakan, Memang Terbaik!

tags: