Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Coklat Indulgence Sama Macam Kat Kedai! Buat Sendiri, Boleh Makan Puas-Puas

Resepi Kek Coklat Indulgence Sama Macam Kat Kedai! Buat Sendiri, Boleh Makan Puas-Puas

Kategori:
Kek Coklat Indulgence

Pasti ramai yang suka makan kek coklat indulgence di kedai kek yang terkenal tu kan? Kalau beli 1 keping, tak puas makan. Tapi kalau beli 1 biji kek boleh tahan mahal juga harganya.

Haa, apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Buat sendiri boleh makan puas-puas! Jom ikuti resepi perkongsian oleh Norlailanazira Mohd Agos, resepi hasil jualannya sendiri. Memang ramai yang puji sedap dan sentiasa mendapat permintaan. Maknanya, memang sedap sungguh resepi ini. Jom cuba!

Resepi Kek Coklat Indulgence

Kek coklat Indulgence ni memang paling ramai orang order. Buatnya taklah susah kalau kita dah faham caranya. Kalau ada kawan-kawan yang nak cuba buat kek, bolehlah cuba resipi ni. InshaAllah menjadi.

Ini antara pesanan:

  • Saya guna tepung optima/sponge mix
  • Resipi mousse saya memang tak guna gelatin
  • Kalau nak guna moist choc cake sebagai base pun boleh juga terpulang citarasa masing-masing
  • Bila nak satukan mousse tu pastikan non dairy whipping cream/ fresh cream dah pukul kental kemudian campurkan coklat yang dah siap double boil waktu coklat masih panas. Gaul laju-laju untuk elak dia berketul
  • Bahan-bahan lebih bagus cari dikedai bahan kek sebab semua lengkap. Kalau tak kenal bahan boleh tanya dengan tuan kedai.
  • Saya guna coklat jenama Berlys, fresh cream jenama Value Pride
  • Kalau kali pertama buat tak jadi jangan putus asa. Cuba dan terus cuba.

Bahan-bahan A (kek span coklat):

  • Resipi kek span coklat:
  • 300g sponge mix coklat
  • 300g telur
  • 60g air
  • Sedikit esen vanila
  • 60g minyak sayuran

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu.
  2. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk.
  3. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9″. Bakar suhu 170′ selama 40min. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya.
  4. Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.

Bahan-bahan B (mousse coklat):

  • 150g dark compound
  • 300g non dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.
  2. Putar whipping cream hingga gebu. Satukan dua bahan ni.

Bahan-bahan C (mousse putih):

  • 150g white compound
  • 300g non dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.
  2. Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.
  3. Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.

Bahan C (untuk melepa keseluruhan kek):

300g non dairy whipping cream/fresh cream pukul hingga kental

Bahan D (ganache coklat):

  • 300g dark compound
  • 150g whipping cream
  • 1sb marjerin

Cara-cara:

  1. Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.
  2. Dah siap semua boleh la hias ikut kreativiti masing-masing.

Nak tahu cara buat coklat ganache supaya permukaan kek cantik licin dan sempurna? Baca di sini.

Kemas dan cantik hasil tulisan atas kek oleh beliau kan? Nak tahu caranya? Klik di sini.

Kredit: Norlailanazira Mohd Agos

tags: