Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Kek Coklat Moist Versi Kukus Yang Gebu, Rasa Dia Memang A Plus Plus

Resepi Kek Coklat Moist Versi Kukus Yang Gebu, Rasa Dia Memang A Plus Plus

Kategori:

Nak buat kek coklat memang senang. Tapi nak menghasilkan kek coklat yang gebu dan sedap perlu ada kemahirannya dan bahan yang betul dan sesuai. Tapi jangan risau, ini dia ada resepi kek coklat moist versi kukus yang gebu. Rasa dia memang A plus plus.

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji telur gred B diblander dn ketepikan

Bahan A (kisar sehingga sebati)

  • 2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan minyak masak
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat

Bahan B (di ayak)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sk soda bikarbonat
  • 2 sk baking powder

untuk topping (cairkan guna kaedah double boiler)

  • coklat masakan
  • sedikit Planta

CARA PENYEDIAAN:

  1. Di dalam mangkuk, masukkan bahan yang di kisang selang seli dengan tepung yang telah diayak dahulu.
  2. Sapu planta dekat loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang di kisar.
  3. Panaskan air kukusan terlebih dahuli.
  4. Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
  5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit:Noriza Awang Hamat

Baca juga: Resepi Ikan Celup Tepung Sedap Sangat Boh, Dia Punya Tepung Tu Halus Dan Rangup

tags: