Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Kek Coklat Pisang Moist Tanpa Telur, Guna Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Pisang Moist Tanpa Telur, Guna Sukatan Cawan

Kategori:
kek coklat pisang moist

Biasa kita dengar kek coklat moist yang biasa je kan? Kali ni kek coklat yang ditambah dengan pisang, memang sedap dan mudah sangat nak buat. Jom cuba buat kek coklat pisang moist ini, yang penting tidak perlu menggunakan telur dan menggunakan sukatan cawan, senang untuk anda yang tiada penimbang. Jom cuba!

Resepi Kek Coklat Pisang Moist Tanpa Telur, Guna Sukatan Cawan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sk baking powder *
  • 1sk soda bikarbonat*
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • Sedikit garam*
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu coklat dutch lady (susu segar pun boleh)
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan air panas
  • Pisang

Cara-cara:

  1. Lapik baking paper dalam loyang. Susun pisang yang dibelah dua. Ketepikan sebentar.
  2. Ayakkan semua bahan bertanda (*).
  3. Kemudian masukkan 1 cawan gula perang ke dalam tepung yang diayak tadi.
  4. Masukkan 1 cawan susu dutch lady.
  5. Kemudian masukkan 1 cawan minyak dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas dan kacau sehingga habis.
  7. Tuang dalam loyang yang kite susun pisang tadi. kukus 40 minit atau bakar 1 jam.
  8. Dah siap tebalik kan.
  9. Boleh sapu nutella atau ganache kat atas kek. Siap!

Kredit: Azlina Ina Fans

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Biskut Bubble Rice Choco Bar, Hanya Guna 2 Bahan Mudah

tags: