Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Fruit Pastry ‘Viral’, Rasa Masam-Masam Manis Kek & Buahan Segar

Resepi Kek Fruit Pastry ‘Viral’, Rasa Masam-Masam Manis Kek & Buahan Segar

Kategori:
Kek Fruit Pastry

Jom cuba resepi kek fruit pastry ini. Memang sangat sedap dan tak muak bila dimakan, sekali ngap pasti nak lagi! Kek yang pernah viral dulu, kalau dah viral tu mesti sedap sangat kan?

Resepi Kek Fruit Pastry ‘Viral’, Rasa Masam-Masam Manis Kek & Buahan Segar

Bahan A:

  • 125g butter
  • 160g gula kastor
  • 60g plain yogurt

Bahan B:

  • 3 biji telur gred A / 4 biji telur gred B
  • 1 sd esen vanilla

Bahan C:

  • 210g tepung naik sendiri (jika tiada guna tepung gandum + 1 sdk baking powder) – diayak

Bahan D:

  • 1 biji lemon – parut sikit kulit lemon
  • 1 sdm air

Bahan-bahan lain:

  • Starberry
  • Kiwi
  • Blueberry
  • Atau apa-apa yang anda suka

Cara-cara:

  1. Mix bahan A sehingga kembang sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan B. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Masukkan bahan D dan kacau rata.
  5. Sapuan majerin pada acuan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan dan susun buah-buahan yang dipotong nipis ke atas adunan.
  7. Panaskan oven 160C sekejap dan baru masukkan loyang. Bakar selama 40 minit.
  8. Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu baru tapiskan gula icing ke atas kek.
  9. Siap!

Kredit: Badariah Abdrahman

tags: