Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Keju Jepun Yang Simple Dan Menjimatkan, Sesuai Dijadikan Kek Hari Jadi

Resepi Kek Keju Jepun Yang Simple Dan Menjimatkan, Sesuai Dijadikan Kek Hari Jadi

Kategori: ,

Wah ini dia resepi kek keju jepun yang simple dan menjimatkan. Sangat mudah untuk disediakan. Kalau beli dekat kedai dah berapa ringgit satu biji, kalau buat sendiri memang betul-betul save bajet anda.

Kek keju jepun ini juga sesuai untuk dijadikan kek hari jadi, tak perlu hias banyak pun, taburkan gula ising atau tepung gandum je dekat atas tu. Hiaskan dengan sedikit strawberi atau apa-apa buahan yang anda suka dan kemudian siap.

Resepi Kek Keju Jepun Yang Simple Dan Menjimatkan, Sesuai Dijadikan Kek Hari Jadi

STEP 1:

Bahan-bahan:

  • Susu full cream 200ml
  • Cheese Slice 5 keping
  • Butter 70g

Cara penyediaan:

  1. Panaskan susu dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau hingga butter cair. Biarkan suam.

STEP 2:

Bahan-bahan:

  • 3 biji putih telur
  • 70g gula icing
  • 1 tsp cream of tartar (kalau tak ada, bole pakai 1tsp lemon juice)

Cara penyediaan:

  1. Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing & cream of tartar, mix sampai bertanduk sikit (bila terbalikkan mangkuk tak jatuh) jangan overbeat ye.

STEP 3:

Bahan-bahan:

  • 3 biji kuning telur
  • Essen Creamy Vanilla (pakai esen vanilla je pon boleh, cuma creamy lebih sedap bau dia bagi saya ?)
  • Tepung Gandum 70g
  • Tepung Jagung 10g
  • 1 tsp baking powder

Cara penyediaan:

  1. Mix kuning telur dengan esen vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (step 2) mix sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder, mix sehingga sebati lg.
  2. Then, masukkan adunan putih telur (step 1) tadi kaup balik hingga adunan rata.
  3. Masukkan dalam loyang (size 7inch). Loyang pastikan sapu butter dulu sekeliling & bawah.
  4. Alaskan baking paper kat bahagian bawah kek sahaja. Bakar secara waterbath (loyang kek isi dlm loyang isi air) 60minit suhu 150-170deg ikut oven masing-masing. Make sure panaskan oven dulu dan air dalam loyang panas juga.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Permata Pink

tags: