Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Marble Loaf Yang Simple Namun Sedap, Owner Siap Kongsi Tips Lagi Tau!

Resepi Kek Marble Loaf Yang Simple Namun Sedap, Owner Siap Kongsi Tips Lagi Tau!

Kategori: ,
resepi kek marble loaf

Pasti ramai dalam kalangan anda yang menggemari Kek Marble kan? Rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis Kek Marble sebenarnya. Antaranya adalah Kek Marble Loaf. Kek Marble Loaf ini bentuknya lebih kecil jika dibandingkan dengan Kek Marble biasa.

Nak cuba buat Kek Marble Loaf ini? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Scha ini. Menurutnya kalau anda baru nak belajar buat Kek Marble, bolehlah ikut resepi ini.

Cara Buat Kek Marble Loaf Yang Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • 75g tepung self raising/super fine/gandum
  • 60g gula castor
  • 50g butter/marjerin cair
  • 2 biji telur gred A/B
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sudu ovelet
  • 18ml santan/susu segar
  • 1 sk baking powder
  • Emulco atau paste

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali butter dan pukul sampai kembang gebu dan kental.
  2. Apabila adunan dah kental baru masuk butter atau marjerin. Mix perlahan sekejap bagi butter tu sebati.
  3. Kemudian kaup balik bagi butter tu sebati dengan adunan. Masa mixer mula-mula tu terus masukkan emulco. Ikut selera nak perisa apa.
  4. Sapukan sedikit butter yang cair tadi dalam loyang dan letakkan adunan.
  5. Ambil sedikit adunan letak watna untuk lorek atau lukiskan bunga.
  6. Panaskan oven sekejap. Masukkan loyang dan bakar kek api atas 140 api bawah 150 dalam 50 minit. Ikut oven masing-masing.
  7. Apabila kek dah masak bawa keluar dan hentak sikit dan terus terbalikkan. Jangan tinggal lama-lama nanti dia turun.
  8. Sejukkan dan siap untuk dihidangkan.

Tips penting

  • Bagi mengetahui kek dah masak atau belum tengok kek dalam oven.  Kalau kek dah renggang sikit dari loyang bermakna kek dah masak. Tapi jangan kerap sangat buka ya.
  • Sebelum bakar hentak-hentak loyang dulu bagi angin yang ada dalam adunan keluar.
  • Jangan mixer terlalu lama adunan boleh cair.
  • Pastikan telur segar baru kek naik tinggi.
  • Nak gebu guna ovelet special.

Mudah sahaja kan nak buat Kek Marble Loaf ini? Korang yang tak pernah buat kek pun boleh cuba buat tau. Pasti menjadi punya kalau guna resepi ni. Nak buat jualan pun boleh tau. Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba buat sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Scha Via BIKMM

Baca juga: 10 Resepi Kek Marble Paling Mudah Untuk Dibuat, Memang Gebu & Sedap

tags: | |