Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Kek Nestum Gebu Viral, Memang Enak & Digemari Oleh Kebanyakan Orang

Kek Nestum Gebu Viral, Memang Enak & Digemari Oleh Kebanyakan Orang

Kategori:

Kek nestum gebu viral. Memang gebu dan memang sedap. Confirm akan laku kalau buat jualan ni sebab jarang orang buat kek nestum. Kalau korang jenis yang rajin, buat jualan. Kalau tak berapa nak rajin buat makan pun dah okay.

BAHAN-BAHAN:

  • 200g majerin dalam secawan (tengok cawan juga, nak tepat pakai timbang)
  • 150g gula perang atau 1 1/2 cawan
  • Sedikit esen vanila
  • 50g nestum original / 2 paket nestum
  • 3 sb susu pekat
  • 160g tepung naik sendiri atau 1 1/2 cawan
  • Telur 5 biji
  • Kacang pecan atau apa-apa yang digemari

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mix marjerin dengan gula perang sehingga kembang dan sebati.
  2. Kemudian baru masukkan susu pekat  dan mix lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Perlahankan mixer dan masukkan tepung tadi.
  5. Dan akhir sekali baru maskkan nestum.
  6. Alaskan loyang dengan baking paper dan tuang adunan dalam loyang tersebut.
  7. Kalau ada kacang pecan, boleh taburkan. Kalau tak ada pun tak mengapa.
  8. Bakar pada suhu 170 masa 45-55 minit api atas bawah.
  9. Apabila dah siap/masak keluarkan dari oven dan terbalikkan pada board, dan terbalikkan semula.
  10. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Lieyaa Homemade‎

Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/dailymakan

tags: