Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Oreo Kukus Viral, Bajet Bawah RM10

Resepi Kek Oreo Kukus Viral, Bajet Bawah RM10

Kategori:
resepi kek oreo kukus

Teringin nak makan makanan manis? Apa kata kita buat Kek Oreo Kukus ini. Bukan sahaja sedap malah Kek Oreo Kukus ini juga sangat mudah untuk dibuat dan menjimatkan. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Jom kita cuba resepi yang dikongsi oleh Hana Ramli di laman facebook miliknya.

BAHAN- BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2 pek biskut oreo
  • 1 kotak kecil air susu coklat
  • Coklat Bar | Kalau tak letak pun tak apa

CARA PENYEDIAAN :

1. Masukkan biskut oreo dan air kotak ke dalam pengisar. Pastikan pengisar bebas daripada bau bawang dan lada.

2. Kisar sampai hancur dan sebati.

3. Tuang adunan ke dalam bekas. Bekas apa pun boleh. Kemudian kukus, kalau nk tahu dah masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu itu bermakna kek oreo kito belum masak.

4. Apabila sudah masak, letak dalam pinggan dan sejukkan dahulu.

5. Kalau ada coklat bar bolehlah double boil dan tuangkan atas kek sebagai topping. Kalau tak ada, makan macam tu pun sedap dah.

Selamat mencuba!

Baca juga : Resepi Kek Sarang Semut Versi Cup, Nampak Lebih Menarik Dan Yang Pasti Memang Sedap!

tags: