Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Rahsia Kek Pelangi Sukatan Cawan Yang Sedap, Pasti Menjadi Dan Gebu

Resepi Rahsia Kek Pelangi Sukatan Cawan Yang Sedap, Pasti Menjadi Dan Gebu

Kategori:

Anda nak tahu rahsia macam mana nak dapat kek pelangi yang sedap dan gebu? Dah berkali-kali cuba buat tapi  tak menjadi pun. Tak gebu la, warnanya tak cantik lah. Tapi jangan risau, anda boleh mendapatkan kek pelangi yang sedap, gebu dan menjadi setelah anda rujuk resepi di bawah.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 200gm gula halus
  • 1 sudu teh ovellete
  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100ml santan
  • 100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
  • Esen vanila Perisa dan pewarna

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan tepung, mix sebati.
  4. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai.
  7. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit. akhir sekali tuang adunan yang ke tiga, kukus selama 20-25 minit.
  8. Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana
tags: