Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Pisang Coklat Badam Lain Dari Yang Lain, Sangat Sedap Dan Tak Muak

Resepi Kek Pisang Coklat Badam Lain Dari Yang Lain, Sangat Sedap Dan Tak Muak

Kategori:
kek pisang coklat

Ini dia resepi kek pisang coklat badam. Memang lain dari yang lain. Anda mesti tak pernah jumpa kan kek pisang lepas tu topping coklat badam. Mungkin ada yang buat, tapi tak ramai. Nak cari pun kadang-kadang susah nak jumpa. Jadi apa kata buat sendiri sahaja dekat rumah. Senang dan sangat sedap. Yang penting tak muak ye.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang berangan  atau mana-mana pisang sebesar sizenya
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 120g almond nibs (sangai dulu)

* nak tambah  choc chips / choc rice lagi sedap

Bahan Ayak:

  • 1 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bicarbonat

Bahan-bahan topping :

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sb butter
  • 1/4 cawan air suam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Blend pisang, gula, telur dan minyak.
  2. Tuang ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak tadi, kacau rata.
  4. Masukkan esen vanilla, gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Bake 170°c 45 -1 jam atau sehingga masak.
  7. Utk topping tadi, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, guna api kecil, kacau sebati, off api.
  8. Sejukkan seketika, tuangkan atas kek tadi.
  9. Taburkan almond nibs + choc chips.
  10. Sejukkan seketika dalam fridge sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

tags: |