Selain daripada makan begitu sahaja, ianya boleh digoreng, dijadikan kek dan sebagainya. Kali ini kami kongsikan kepada anda resepi kek pisang versi sihat yang mudah untuk disediakn. Selain itu, ia juga tidak menggunakan gula, sebaliknya ia menggunakan madu.
Bahan-bahan:
- 2 keping roti wheatmeal gardenia
- 1 biji telur
- 2 batang pisang
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar madu
- Pisang untuk hiasan
Cara memasak:
- Masukkan roti, telur, pisang, esen vanila dan madu ke dalam pengisar.
- Kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga lumat.
- Kemudian, masukkan ke dalam bekas atau acuan yang anda hendak gunakan.
- Letakkan pisang di atas adunan tadi sebagai hiasan.
- Kukus selama 30 minit.
Diharap resepi ini dapat membantu anda terutamanya orang yang tengah berdiet. Selamat mencuba.