Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Kek Planta Rainbow Yang Gebu, Lembut Dan Wangi

Ini Dia Resepi Kek Planta Rainbow Yang Gebu, Lembut Dan Wangi

Kategori: ,

Baru-baru ini viral kek planta rainbow setelah resepi kek tersebut dikongsi oleh chef terkenal iaitu Chef Azmin Zain.  Manakala resepi kek planta rainbow ini dikongsi oleh seorang wanita di group facebook MAKN. Yang mana satu adunan yang chef bagi dibahagikan kepada dua olehnya. Jadi bagi yang mempunyai keluarga kecil atau percubaan kali pertama boleh gunakan resepi ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 250g gula halus manis 220g sederhana manis
  • 250g majerin pelangi / planta
  • 250g tepung gandum cap bunga ros
  • 70g/ml susu cair / susu full cream
  • 1 penutup esen vanilla

CARA  PENYEDIAAN:

  1. Pukul majerin dengan gula sehingga gebu
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli
  5. Bagikan beberapa bekas ikut warna kesukaan kita
  6. Sapukan loyang dengan majerin dan lapikakan kertas minyak
  7. Ambik setiap adunan dalam 2 3 sudu ulang sehingga abis
  8. Hentak-hentakkan sikit bagi udara keluar
  9. Ambik lidi bersih dan lorekkan kat permukaan adunan tadi
  10. Saya guna loyang saiz 7 bakar suhu 160 api atas bawah 1 jam 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

*Try dulu bakar suhu 160 45 minit. Ambik lidi bersih cucukkan kat permukaan tengah. Bila keluarkan lidi bersih cantik bermakna kek dah masak.

*Tips nak kek sedap simpan seharian baru sedap lembab-lembap moist.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Fiza Omel

Baca jugaResepi Brownies Kedut Sukatan Cawan Paling Mudah Dan Paling Sedap

tags: