Setiap kali nak buat sambutan hari jadi, mesti ramai yang memilih untuk kek di kedai kan? Ramai yang tak tahu, rupanya mudah sahaja nak buat kek sendiri di rumah. Kek red velvet adalah diantara kek yang paling sedap dan mudah nak buat!
Seorang baker wanita yang dikenali sebagai Norlailanazira Mohd Agos berkongsikan resepi kek red velvet hasil jualannya yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Jom lihat resepi step by step yang dikongsikan oleh beliau di bawah.
Mula-mula kita buat ni dulu. Nama dia buttermilk. Apa dia? Buttermilk ya anak-anak.
Bahan-bahan:
Ini bukan sirap bandung ya. Haa ni lah kejadian buttermilk kita. Biarkan selama 10min. Kena peram sekejap. Dia akan jadi tekstur macam susu basi.
Bahan lain:
Bahan tepung:
Ok kita mulakan dengan yang ni. Buttercup dan gula kastor tu kita putar guna mixer.
Putar sampai dia jadi pucat dan kembang begini.
Pecahkan telur satu persatu. Jangan terkejut nampak penampakan warna merah disitu. Tu namanya orang malas, pecahkan telur guna sudu dari adunan buttermilk tadi. Kan dah terpercik warna merah.
Putar telur tu. Ok pecahkan lagi sebiji dan putar.
Masukkan adunan tepung tadi. Masukkan separuh je tau. Jangan kau humban semua. Kena selang selikan adunan tepung dan cecair. Jangan tanya kenapa. Ikut je. Yang benaunya saya pun tak tahu. Tapi kebanyakan resipi kek memang macam tu. Saya hanya menurut perintah.
Putar bagi sebati.
Masukkan buttermilk tadi. Putar.
Masukkan baki tepung tadi. Putar lagi.
Satukan soda bicarbonat dan cuka. Tunggu sampai buih tu habis.
Tuang dalam adunan tadi. Gaul rata.
Saya masukkan dalam 2 loyang saiz 7inci. Nak guna loyang 9 inci pun boleh. Bakar selama 30 minit suhu 170 api atas bawah. Jangan bakar terlalu lama. Nanti kek kering. Asal cucuk kat tengah dia dah tak melekat kat lidi bolehlah keluarkan dari oven.
Tekstur dia bukan macam kek span ya. Dia agak padat.
Frosting dia boleh guna buttercream cheese.
Bahan-bahan:
Putar semua sebati dan boleh terus guna.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos