Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek ‘Ribut’ VIRAL! Coklat Melimpah Ruah, Peminat Coklat Wajib Cuba!

Resepi Kek ‘Ribut’ VIRAL! Coklat Melimpah Ruah, Peminat Coklat Wajib Cuba!

Kategori:
kek ribut viral

Peminat coklat wajib cuba cuba kek ribut viral ini, coklat dia melimpah-limpah boleh buat orang jadi tak ‘keruan’! Memang nikmat kalau masuk mulut. Haa, tak terliur ke tu? Jom cuba buat sendiri kat rumah. Memang puas hati kalau dapat, boleh makan puas-puas!

Resepi Kek Ribut VIRAL

Bahan A:

  • 3 biji telur gred A
  • 3/4 cawan @ 190g gula
  • 3/4 cawan @ 180g susu pekat manis
  • 2 cawan @ 220g tepung gandum
  • 3/4 cawan @ 60g serbuk Koko
  • 1 cawan @ 180g minyak masak
  • 1 cawan @ 200ml air panas
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
  • 1sk esen vanila
  • 1 sudu besar ovallete

Bahan B:

  • 350g cream cheese
  • 1 cawan @ 200ml whipping cream
  • 1/4 cawan @ 60g susu pekat manis

Bahan Topping:

  • 300g dark compound coins(beryl’s)
  • 250ml whipping cream
  • 2 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu besar butter

Hiasan:

  • Coklat flakes@ coklat chip@ coklat rice

Cara-cara:

  1. Masukkan telur dan ovallete. Pukul hingga kembang.
  2. Bila dah kembang masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
  3. Dah sebati masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  4. Lepas tu masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk Koko, soda bikarbonat Dan baking powder.
  5. Kacau sebati sampai macam ni.
  6. Masukkan pula minyak masak dan kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan air panas.
  8. Kacau hingga sebati macam ni.
  9. Bahagikan adunan kepada 4 bekas size RC- 750.
  10. Sebelum kukus tutup bekas supaya air kukusan tak menitik. Kukus selama 25-30 minit@hingga masak.
  11. Dah masak terbalikkan kek selama 5-10 minit supaya kek tak mendap.
  12. Untuk cheese masukkan cream cheese, whipping cream dan susu pekat manis.
  13. Mix hingga sebati dan licin. Jangan mix terlampau lama nanti jadi cair.
  14. Letak dalam pipping bag supaya senang nak letak atas kek.
  15. Kek tadi belah di tengah-tengah.
  16. Lepas tu pipping cheese dalam bekas macam ni.
  17. Kalau dalam pinggan akan nampak macam ni.
  18. Lepas tu letak pulak bahagian atas.
  19. Ni rupa kalau letak atas pinggan.
  20. Pipping pulak cheese bahagian atas.
  21. Yang dalam pinggan pun sama pipping macam ni. Lepas tu sejukkan dalam peti ais selama 30 minit bagi cheese lagi pejal.
  22. Untuk coklat pula, letak dark compound, susu full cream dan butter dalam mangkuk.
  23. Panaskan whipping cream hingga sedikit mendidih.
  24. Tuang dalam mangkuk tadi.
  25. Kacau hingga sebati macam ni dan sehingga coklat jadi cair. Kalau pekat boleh tambah susu full cream @ fresh milk.
  26. Tuang coklat kat atas dan pastikan coklat dah sejuk@ suam. Dalam bekas akan nampak macam ni.
  27. Dalam pinggan rupa kek macam ni pulak.
  28. Nak nampak dalam bekas rupa macam ni, kena guna bekas lagi besar daripada kek.
  29. Lepas tu taburlah coklat chip. Coklat flakes susah sangat nak dapat.
  30. Takda coklat chip letak jelah coklat rice pun.
  31. Ni namanya coklat dan cheese melimpah.
  32. Takkan menyesal bila mencuba resepi ni. Tak manis sangat dan secukup rasa.

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

tags: |