Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Kek Sarang Semut, Bakar Dalam Periuk Je Tapi Still Menjadi Elok! Yang Penting Guna Resepi Ini

Jom Buat Kek Sarang Semut, Bakar Dalam Periuk Je Tapi Still Menjadi Elok! Yang Penting Guna Resepi Ini

Kategori: ,
resepi kek sarang semut

Kek sarang semut atau dikenali juga sebagai kek gula hangus merupakan kek yang berasaskan gula yang dimasak sehingga perang atau hangus. Kalau korang tiba-tiba terasa nak buat kek ini sendiri boleh lah cuba guna resepi kat bawah ini. Resepi dia mudah sahaja, lagi pun kalau tiba-tiba oven rosak boleh bakar dalam periuk je. Atas dapur gas. Senang kan?

Cara Buat Kek Sarang Semut Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 3 Biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sdt serbuk vanilla

Bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum jangan penuh sangat
  • 2 sdm tepung ubi
  • 1 sudu soda bikarbonat

Bahan C:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air

Bahan D:

  • 3 sudu planta/marjerin
  • 2 sudu minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kacau rata bahan A sampai berbuih, kacau guna sudu sahaja.
  2. Kemudian masukkan bahan B dan kacau bagi sebati.
  3. Manakala untuk Bahan C tadi, masak gula halus sehingga perang. Apabila dah perang masukkan air. Apabila dah sebati tutup api dan biarkan suam.
  4. Bila dah suam boleh tuang dalam adunan tadi.
  5. Untuk bahan D, cairkan terlebih dahulu planta tadi dan satukan kesemua adunan.
  6. Kacau sehingga rata dan sebati. Kalau nak lebih okay, tapiskan dahulu.
  7. Kemudian bakar sehingga masak.
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Hanizah Ahmad Sabar Via MAHN

Baca juga: Susahnya Nak Buat Kek Sarang Semut Yang Betul-Betul Menjadi Kan? Ini Dia Resepi Kek Sarang Semut, Confirm Jadi!

tags: |