Semakin hari semakin banyak kek yang pelbagai rupa bentuk dan jenis timbul. Beberapa hari sejak kebelakangan ini pula viral berkenaan dengan kek span basuh pinggan. Memang rupa bentuknya sebijik. Kalau letak sebelah-sebelah pasti tertukar punya. Mesti anda semua tertanya-tanya mana resepinya kan? Asyik tengok dekat group kek yang dah siap je. Ini dia resepinya. Resepi kek span basuh pinggan ini dikongsi oleh Ainna Rozimi di laman facebook MAHN.
Menurut Ainna Rozimi resepi ini beliau merujuk video di YouTube. Menurutnya juga kebanyakan resepi di YouTube guna kek butter, disebabkan beliau kurang menyukai kek butter jadi beliau mencari resepi kek yang kena dengan selera. Jadi jom kita ikuti resepi perkongsian beliau.
Ini Dia Resepi Kek Span Basuh Pinggan Yang ‘Viral’ Satu Malaysia, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan!
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur A
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu kecil ovalet
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar susu cair
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan)
- 1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter pastu sukat 1/2 cawan)
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul guna mixer semua bahan kat atas kecuali butter cair. Pukul adunan sampai kembang & jadi warna putih.
- Lepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix slow sekejap je sampai sebati.
- Bahagikan adunan utk warna hijau & kuning. Pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau.
- Bakar suhu 150c 40 minit. Keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. Cucuk dulu ngan lidi nak tahu masak ke tak. Teruskan bakar adunan kuning sampai masak. Suhu & masa bergantung pd oven masing2 jugak
- Sejukkan kek atas redai. Potong kek ikut saiz & ketebalan yg kita nak.
- Sapu sedikit madu atas kek kuning utk lekatkan bersama kek hijau.
- Dah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik-cantik.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit resepi: Ainna Rozimi