Siapa pernah makan dan rasa kek span vanilla yang gebus gebas macam ni? Sekali ngap memang lembut habis. Pasti anda semua tak menyesal kalau buat guna resepi kat bawah ni. Kek span vanilla ini juga bukan sahaja sesuai di makan ketika minum petang malah juga sesuai untuk apa-apa majlis. Seperti majlis hari jadi atau kesyukuran boleh lah nak menyediakan kek ini sebab nak menyediakannya cukup mudah. Barang yang digunakan juga mudah di dapati. Jadi ayuh kita mula membaking sekarang!
Resepi Kek Span Vanilla Sukatan Cawan Yang Super Sedap Dan Gebu Gebas, Enak Di Makan Sebab Lembut
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telor gred b
- 1 cawan gula(xmau manis buleh kurangkn)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan susu pekat
- 1sdb ovalett
- 2sdb susu tepung
- 1sdk baking powder
- 1sdk esen vanilla(sy bli kt kedai bakery sb dia lg wangi)
CARA PENYEDIAAN:
- Mixed telor,gula,esen vanilla dn ovalett sampai betol² kembang n gebu puteh..
- Masukkan tepung yg dh d ayak gn baking powder n susu tepung.
- Mixed sampai sebati..
- Masukkan susu pekat n myk jagung..mixed semua sehingga sebati adunan.
- Panaskan oven dulu..loyang sapu butter sikit..(loyang saiz 8)
- Bakar suhu 165¢ masa 40-45 minit@ sehingga masak (kena pandai main suhu klu nk kaler kek cantik)
- Siap untuk dihidangkan.
P/s : Corak atas tu ikut kreativiti masing-masing. Ambik adunan sikit untuk buat corak kat atas. Warna pun ikut suka hati yaa.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Siti Hadirah Via MAHN