Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Telur Mango Cheese Yang ‘Trending’ Sekarang Ni, Mudah Je. Sekali Buat Terus Menjadi!

Resepi Kek Telur Mango Cheese Yang ‘Trending’ Sekarang Ni, Mudah Je. Sekali Buat Terus Menjadi!

Kategori:
resepi kek telur mango cheese

Kek Telur Mango Cheese ini merupakan kek yang tengah viral sekarang ni tau. Scroll je facebook pasti gambar kek yang macam telur mata ni keluar. Setiap kali tengok mesti terliur dan teringin nak makan kan? Tapi tak tahu macam mana nak buat. Tapi jangan risau, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fendi Islam ada berkongsi resepi Kek Telur Mango Cheese ini di laman facebook MAHN.

Menurut beliau itu adalah resepi yang sekali buat terus jadi. Yang beliau buat ini kek perisa mango, tapi terserah korang nak buat perisa apa. Boleh je tukar. Jom kita ikuti yang dikongsi oleh beliau di bawah ini.

KEK: Anda boleh rujuk mana-mana resepi kek sponge. Guna loyang loyang bulat saiz 5. Kemudian anda tambahlah flavour anda suka. Resepi ini guna falavour mangga + kuning telur punya warna.

Resepi Kek Telur Mango Cheese Yang ‘Trending’ Sekarang Ni, Mudah Je. Sekali Buat Terus Menjadi!

BAHAN-BAHAN:

  • 250g cream cheese (gune royal victoria)
  • 125g gula aising
  • 500g fresh cream (gune jenama rich)
  • 1sb esen vanilla (gune star brand)
  • 1sb manggo flavour
  • 2sb jus lemon

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mixkan cream cheese, gula aising dan esen vanilla sampai sebati dan sedikit kembang. Masukkan pula jus lemon dan flavour mangga dan kacau sampai sebati.
  2. Kemudian dalam bowl lain, mix fc sampai kembang. Tapi soft je, bukan kental sangat. Then mix dalam adunan cheese tadi. Dia akan kental dan menggerutu. Takpe kaup balik sampai soft dan pekat.

Penyedian puding manggi (kuning telur)

  1. Guna mana-mana resepi puding. Beli yang flavour mango terus lagi senang. Guna cuan kuih nona ye. Yang warna merah tu. Letakkan separuh je puding dalam acuan tu. Siap

Untuk Packing

  1. Letakkan kek sponge yang dibuat ke dalam bekas plastik. Kemudian letak 1 senduk kecil adunan cheese. Ratakan secara spontan sahaja.
  2. Kemudian anda letak puding(kuning telur) yang siap tadi. Hati-hati ye takut pecah. Letak dekat tengah atau tepi. Terpulang pada anda.
  3. Kemudian ambil serbuk koko + dusting sugar, tabur siket tepi-tepi tepur kuning dan putih tu. Acah-acah lada sulah tu.
  4. Siap untuk dimakan atau dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Fendi Islam Via MAHN

 

tags: |