Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kembang Goyang

Indonesian Cuisine: Resepi Kembang Goyang

Kategori: ,,
Resepi Kembang Goyang

Di post kali ini, saya akan kongsikan dengan anda semua Resepi Kembang Goyang. Kembang goyang atau nama lain nya di Malaysia ialah kerepek sarang tebuan.

Dahulu kerepek ini sangat digemari dan ada juga yang menjadikan makanan ini sebagai hidangan sampingan untk hari raya. Namun sekarang kerepek ini sudah sukar untuk diperolehi kerana terlampau banayk biskut-biskut yang mengikut trend sekarang.

Kadang-kadang teringin nak makan tetapi tak tahu resepi kan. Resepi kembang goyang ni sangat lah senang dah ringkas. Tamban pula bahan-bahannya ringkas dan senang untuk diperolehi. Teringat zaman kecil-kecil dulu bila makan kembang goyang ni.

Resepi Kembang Goyang

 

Resepi Kembang Goyang

Bahan-bahannya:

  • 250 gr tepung beras
  • 250 gr tepung terigu
  • 200 gr gula pasir
  • 2 butir telur
  • 1 sdt garam+air secukupnya

 

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan telur dan gula pasir kedalam bekas acuan. Adunkan seketika.
  2. Kemudian masukkan garam, tepung terigu dan tepung beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunkan bahan-bahan dalam acuan.
  3. Panaskan minyak dan rendam cetakkan terlebih dahulu. Apabila cetakkan benar-benar panas, celupkan cetakkan kedalam adunan.
  4. Kemudian masukkan kedalam kuali dan goyang-goyang cetakkan agar adunan terlepas dari cetakkan.
  5. Gorengkan sehingga warna berubah menjadi kuning keemasan. Kemudian angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah bagi mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |