Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi ‘Kerabu Ayam Perap’ Yang Super Duper Sedap, Memang Menyangkut. Hidangan Asli Dari Indonesia!

Resipi ‘Kerabu Ayam Perap’ Yang Super Duper Sedap, Memang Menyangkut. Hidangan Asli Dari Indonesia!

Kategori: ,,
Resepi kerabu ayam

Pernahkah anda rasa dan cuba kerabu ayam? Ayam yang digoreng dan di siat halus-halus. Biasa pernah dengan kerabu kaki ayam je kan. Kerabu ayam ini merupakan resepi asli dari Indonesia. Ianya tersangatlah sedap. Gabungan serai dan beberapa bahan lain memang terbaik rasanya.

Resipi ‘Kerabu Ayam Perap’ Yang Super Duper Sedap, Memang Menyangkut. Hidangan Asli Dari Indonesia!

RESIPI KERABU AYAM

Bahan-Bahan:

  • 4 batang serai (ambil bahagian putih sahaja)
  • 4 ulas bawang merah
  • 15 biji cili padi
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 biji limau (diperah)
  • 4 senduk makan minyak panas
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Hiris halus serai, bawang merah, cili padi dan daun limau purut.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk lalu campur dengan air limau , sedikit garam dan gula. Kemudian ramas-ramaskan sampai bercampur rata semua (pakai sarung tangan plastik ye)
  3. Kemudian curahkan sedikit minyak panas menggoreng ayam tadi.
  4. Kacau sehingga rata sehingga sebati.

RESIPI AYAM GORENG:

Bahan-Bahan:

  • 350 gram dada ayam
  • 3 biji limau (perah airnya)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • Garam
  • Lada
  • Secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Cuci bersih daging ayam dan sejatkan.
  2. Perapkan ayam dengan air perahan limau, bawang outih, sedikit garam, lada dan secukup rasa.
  3. Simpan dalam chiller lebih kurang 3 jam kemudian goreng sehingga matang dan sejatkan.
  4. Akhir sekali siat-siatkan dan kacau rata dengan kerabu tadi.
  5. Siap untuk dihidangkan.kerabu ayam

Dah siap kita punya Kerabu Ayam Perap ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Kredit: Lusiaa_vv

tags: | |