Biasanya, kita selalu dengan orang menyediakan kerabu seperti kerabu mangga, betik, kerabu kaki ayam ataupun hidangan kerabu yang selalu dihidangkan. Tetapi, pernahkan korang buat dan rasa sendiri kerabu telur dadar ala Thai ini ataupun kita panggil kerabu omelets Thai style.
Resepi ini dikongsikan oleh Nurhayati Abd Malek di laman Facebooknya. Memang sedap dan mudah! Sesuai dimakan bersama nasi panas-panas sebagai lauk utama ataupun lauk sampingan.
Jom try buat kerabu telur dadar ala Thai ini!
Resepi Kerabu Telur Dadar Ala Thai, Campak-Campak Dah Siap. Ini Cara Buat Paling Mudah, Memang Sedap & Mesti Cuba!
Bahan-Bahan:
- 2 ulas bawang putih
- 5 batang cili padi (ikut tahap kepedasan yang korang nak)
- 3 sudu makan sos ikan
- 2 biji limau nipis (diperah jusnya)
- 1 sudu makan gula
- garam secukup rasa
- perasa ajinamoto (optional)
Bahan Diracik Panjang:
- 1 batang lobak merah
- 3 helai salad
- 10 -15 biji tomato ceri
- 3 batang cili padi
- 1 biji epal hijau
- 3 batang daun ketumbar
- 1 biji bawang besar
- salad – potong kasar
Cara Penyediaan:
- Hiriskan limau nipis dan perahkan jus sahaja. Kemudian kisar semua bahan di atas.
- Telur ni kalau jenis 3XL korang letak 2-3 biji pun okay dah. Tapi kalau gred C, letaklah 5 biji. Pandai-pandai adjust ya.
- Saya degil, jangan tiru. Dah tahu telur gred 3XL pun lerak sampai 5 biji. Dah terkeluar dari landasan telurnya. Mujur tak melimpah.
- Bila telur dah masak, angkat dan letak dalam pinggan. Kemudian, guntinglah lepas tu ya.
- Lepastu gaul je, kesemua bahan yang dah diracik dan dikisar tadi. Siap! Mudah sangatkan?
Siap dah kerabu telur dadar ala Thai ni. Campak-campak je dah siap! Boleh lah makan dengan nasi ataupun ratah sahaja pun dah best. Selamat mencuba buat semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat menikmati.
Sumber: Nurhayati Abd Malek
Baca juga: Cara Buat Crispy Golden Potato Untuk Keluarga & Anak-Anak. Sesuai Dimakan Di Waktu Pagi Juga Petang, Rangup & Lembut Isinya!