Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ketam Buttermilk Yang Sangat Menyelerakan. Tipulah Kalau Tak Terliur!

Resepi Ketam Buttermilk Yang Sangat Menyelerakan. Tipulah Kalau Tak Terliur!

Kategori: ,
Resepi Ketam Buttermilk

Ketam buttermilk ialah masakan seafood ersama kuah buttermilk yang sangat menyelerakan. Walaupun payah untuk kopek dapatkan isi namun nikmat dapat makan ketam kegemaran memang tidak merugikan.

Resepi Ketam ButtermilkKetam adalah antara makanan yang paling digemari orang ramai. Pelbagai cara masakan yang kita boleh cuba masak di rumah seperti masak merah, masak cili padi, gulai kuning dan buttermilk. Kali ini resepi ketam buttermilk di mana memang sangat-sangat sedap dan menyelerakan. Ada beberapa bahan perlu disediakan dan mudah sahaja masaknya.

Masakan ini sedap kalau diratah sahaja. Kalau nak makan nasi pun boleh cuma tidak sama kesedapannya berbanding dengan meratah.

Resepi Ketam Buttermilk

Bahan-Bahan :

  • Ketam -5 ekor (Tips: pilih ketam betina, dan berat). Ketam ini kerat dua tanpa membuang cengkerang. Gunakan gunting untuk memotong ketam dan membuang duri-duri pada sepit-sepit. Cuci ketam dan letak ketepi.
  • Bawang putih -5 ke 8 ulas (Tips: kalau sekilo ketam biasanya guna 8 ulas bawang putih). Bawang ini hanya perlu diketuk sahaja.
  • Mentega -2 atau 4 sudu besar. (Tips: kalau sekilo ketam biasanya letak 4 sudu besar mentega)
  • Daun Kari -1 tangkai daun kari (Tips: batang kari jangan dibuang, masukkan sekali nanti untuk menambahkan aroma masakan)
  • Susu sejat -1 ke 2 tin (Bergantung kepada jumlah ketam. Biasanya guna dalam 1 tin untuk 1 kilo ketam)
  • Cili Padi -5-9 biji. (Bergantung kepada kepedasan. Tips: Untuk mengurangkan muak susu dan mentega cili padi dgunakan sebagai seimbang rasa)
  • Garam dan gula – Sebagai perasa masakan
  • Perasa TUMIX – sedikit sahaja (pilihan)

Cara Membuat

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng ketam separuh masak ataupun goreng ketam sehingga cengkerang bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan mentega ke dalam kuali panas dan kacau sehingga semua mentega larut.
  3. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi dan tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan susu sejat dan kacau perlahan-perlahan sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula, garam dan perasa TUMIX secukup rasa dan teruskan kacau perlahan-perlahan sehingga campuran menjadi sedikit pekat dan warna keemasan (Jangan terlalu pekat).
  6. Masukkan ketam yang telah ditoskan kedalam kuali dan gaul-gaul.
  7. Tutup kuali dengan penutup supaya wap panas kekal di dalam kuali. Dengan cara begini ketam akan masak sekata. Tutup penutup dalam tempoh 3-5 minit sehingga kulit ketam bertukar warna merah .
  8. Teruskan mengacau ketam sehingga campuran tadi pekat dan bersalut kepada kulit ketam.
  9. Tutup api dapur dan boleh membuat persiapan untuk menghidang.

Inilah resepi Ketam Buttermilk yang semua patut cuba. Hidangkan untuk sekeluarga makan pasti lebih bertambah keenakannya. Pastikan kesemua bahan cukup. Selamat mencuba.

Kredit: Bank Resepi

Baca juga: Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Kaw Dan Menyelerakan, Tak Berbau Dan Tak Muak!

tags: |