Ketam merupakan hidupan laut yang sangat popular dengan masak lemak cili api. Menu ini memang sangat simple dan sesuai dengan mulut masyarakat Melayu. Namun selain masak lemak, ketam juga sangat sedap jika dimasak rasam.
Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mencuba masak sebegini kan? Jadi kalau anda semua nak tahu macam mana sedapnya Ketam Masak Rasam ini, jom lihat perkongsian dari Mohd Rozmie di bawah ini.
Cara Buat Ketam Masak Rasam Yang Mudah & Simple
Bahan-bahan:
- 5 ekor ketam
- 1 biji tomato
- 6 ulas bawang putih
- Air asam jawa
- 1/2 inci halia
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu lada hitam
- 1 sudu ketumbar
- 1 biji bawang besar
- 1 pokok daun ketumbar
- 1 sk biji sawi
- 3 keping cili kering
- 2 tangkai daun kari
- 1 sdk serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
- Tumbuk kasar jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Potong halus bawang putih. Halia tumbuk kasar. Tomato potong dadu. Bawang besar potong mayang. Daun ketumbar racik halus. Cili kering potong dua.
- Bancuh air asam jawa. Masukkan semangkuk air dan tomato yang dipotong dadu bersama bahan tumbuk kasar tadi. Kacau sebati dan ketepikan.
- Masukkan dulu biji sawi sebelum minyak panas. Kalau tidak nanti meletup letup biji sawi dalam kuali kau.
- Masukkan daun kari dan cili kering.
- Campakkan bawang besar yang telah dipotong mayang.
- Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
- Tumis kesemua bahan hingga naik bau.
- Masukkan bahan air asam dan rempah bancuhan tadi dan gaul sebati kesemuanya.
- Dah ada akar ketumbar ni, abang masukkan sekali. Menambahkan lagi wangi masakan.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit. Anggaran satu sudu kecil.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Yang penting kuah rasam ni mesti rasa masam-masam sedikit masin. Masa ini kau kena adjust rasanya.
- Bila kuah rasam sudah perasa elok kau boleh terus masukkan ketam yang telah di cuci. Gaul bagi sebati.
- Dah siap ketam masak rasam abang kali ini. Untuk orang yang demam selsema amat sesuai makan isi ketam sambil hirup kuah rasam. Rasanya masam berempah, elok untuk kesihatan.
- Nah, ceduk masuk dalam mangkuk, hirup panas-panas memang amat shahdu dan mengasyikkan. Tambah pula sekarang ni tengah musim hujan.
- Siap untuk dimakan.
Mudah sahaja kan nak buat Ketam Masak Rasam ini? Siapa yang dah puas asyik makan menu ketam yang sama mungkin boleh cuba menu ini pula. Simple namun sangat menyelerakan. Lain dari yang lain. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita masak sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Mohd Rozmie
Baca juga: Resepi Sup Ketam Nipah Yang Mudah, Rasanya Berganda Lebih Sedap Dari Ketam Biasa. Manis Semulajadi!