Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Terakhir Siti Sarah Yang Dikongsi Kepada Peminat, Ketam Sweet & Sour Chinese Style!

Resepi Terakhir Siti Sarah Yang Dikongsi Kepada Peminat, Ketam Sweet & Sour Chinese Style!

Kategori:
resepi ketam sweet sour chinese style

Kematian Siti Sarah Raisuddin pada hari Isnin yang lepas menggemparkan seluruh tanah air. Pasti ramai yang akan merindui telatahnya. Siti Sarah memang terkenal dengan seorang yang gemar memasak dan sering berkongsi menu masakan dalam loghat Terengganu bersama dengan peminatnya.

Menu terakhir yang sempat dikongsikan oleh beliau adalah Ketam Sweet & Sour Chinese Style. Nak cuba menu ini? Jom kita lihat resepi di bawah ini.

Cara Buat Ketam Sweet & Sour Chinese Style Siti Sarah

Bahan-bahan:

  • Bawang putih | cincang
  • Halia | cincang
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Semangkuk air
  • Cuka hitam
  • Sos tomato
  • Garam
  • Ketam nipah
  • Tepung jagung
  • Telur putih

Cara Penyediaan:

  1. Tumis halia sehingga bau naik.
  2. Kita masukkan cili boh. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan cili sos, sos tiram dan sedikit kicap cair.
  3. Kemudian masukkan semangkuk air dan 1 sudu cuka hitam.
  4. Masukkan sos tomato dan garam.
  5. Kemudian boleh masukkan ketam dan gaulkan. Jangan lupa berdoa.
  6. Selepas itu tuangkan pula tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Masukkan telur putih sambil kacau perlahan-lahan.
  8. Kemudian masukkan kulit ketam dan tutup kuali. Biarkan ia masak sekejap.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Menjengah ke ruangan komen menerusi video masakan yang dikongsikan di Instagramnya itu, rata-rata peminat serta rakan artis meluahkan rasa sebak beliau memandangkan Ketam Sweet & Sour Chinese Style adalah resepi perkongsian terakhir arwah.

Baca juga: Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Kaw Dan Menyelerakan, Tak Berbau Dan Tak Muak!

tags: