Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Enak Untuk Dinikmati Ketika Moreh atau Hari Raya Nanti, Jom Buat Korean Crispy Seaweed. Guna Tiga Bahan Je !

Enak Untuk Dinikmati Ketika Moreh atau Hari Raya Nanti, Jom Buat Korean Crispy Seaweed. Guna Tiga Bahan Je !

Kategori: ,

Biasanya selepas moreh kita pastinya rasa nak mengunyah. Disebabkan sudah makan makanan berat ketika berbuka, kita tentu mahukan sesuatu yang ringan tetapi sedap !

Khas untuk peminat kudapan citarasa Korea atau penggemar seaweed, apa kata anda cuba buat sendiri kudapan Korean Crispy Seaweed di rumah? Hanya guna tiga bahan sahaja. Kesemuanya sangat mudah didapati di pasar raya.

Kalau nak beli pun boleh tahan mahal kerepek seaweed ni. Makan sekejap, tapi sekelip mata boleh habis sebab sedap sangat !

Pasti lebih menjimatkan dan dapat lebih banyak bila dibuat sendiri di rumah. Apa kata kali ini anda cuba sediakannya sendiri. Kalau nak stok banyak-banyak untuk dihidangkan pada tetamu pada Hari Raya nanti pun boleh juga !

korean crispy seaweed

Cara membuatnya juga cukup ringkas sampai nak repeat banyak kali. Jom kita tengok resepi Korean Crispy Seaweed yang mudah dan enak !

Sudahlah rangup, ditambah pula dengan rasa keju, pasti rasa kudapan ini akan buatkan anda teringat-ingat.

Resepi Korean Crispy Seaweed Yang Simple dan Sedap

Bahan-Bahan :

Vietnam rice paper

Kepingan seaweed bersaiz besar

Serbuk keju

Cara Memasak :

  1. Sapukan rice paper dengan air.
  2. Letak seaweed diatas rice paper, tekan dan ratakan supaya kedua-duanya melekat.
  3. Diamkan selama 2 hingga 3 jam, atau sehingga mengeras kejung. Jangan terkejut pula bila ia berkedut, kerana rupa kudapan ini memang begitu bila sudah mengering.
  4. Guntingkan kepingan yang sudah mengeras kecil-kecil. (agak-agak macam saiz kerepek)
  5. Goreng kepingan yang sudah dipotong tadi dengan minyak panas sehingga garing.
  6. Taburkan serbuk keju diatas kerepek seaweed.
  7. Simpan kedalam bekas kedap udara dan sedia untuk dinikmati.

korean crispy seaweed

korean crispy seaweed

Mudah saja rupanya untuk buat kerepek Seaweed ala-ala Korea. Bila anda sudah buat nanti pasti anda akan repeat lagi !

Hanya dengan menggunakan tiga bahan ringkas, anda sudah boleh dapatkan kudapan yang enak dan rangup untuk dinikmati di rumah bersama keluarga.

Jadi, tunggu apa lagi ? Jom kita cuba buat kudapan Korea Crispy Seaweed hari ini ! Confirm berebut-rebut dengan keluarga di rumah !

Sumber : kualihelena

tags: |