Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Resepi Kuah Laksa Penang Yang Tak Hanyir Dan Bau Wangi Semerbak, Sedap Sangat Kalau Buat Niaga Confirm Laku Keras!

Ibu Ini Kongsi Resepi Kuah Laksa Penang Yang Tak Hanyir Dan Bau Wangi Semerbak, Sedap Sangat Kalau Buat Niaga Confirm Laku Keras!

Kategori: ,
resepi laksa penang tak hanyir

Laksa penang yang sedap adalah apabila kuahnya tidak berbau hanyir dan gatal. Baunya pula wangi semerbak. Walaupun nak menyediakan laksa penang ini sangat mudah namun ada cara dan kaedah yang perlu di ambil berat dalam memasaknya bagi menghasilkan laksa penang yang sedap dan terbaik. Ini ada seorang ibu berkongsi tips membuat kuah laksa penang yang sedap dan tak hanyir. Bau wangi semerbak sejauh 2km. Memang terbaik!

Ibu Ini Kongsi Resepi Kuah Laksa Penang Yang Tak Hanyir Dan Bau Wangi Semerbak, Sedap Sangat Kalau Buat Niaga Confirm Laku Keras!

BAHAN-BAHAN:

  • Laksa
  • Ikan kembung lemak
  • Belacan secukupnya
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 4 biji bawang besar
  • Segenggam asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesom

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ikan kembung lemak. Semua sedara mara dia dalam tu. Nanti air rebus ikan ni buang tau.
  2. Kisar je semua kepala dan tulang semua. Jangan takot. Kang kita tapis. Pakai air paip je.
  3. Kisar sehingga hancur.
  4. Raga ikan ibu yang paling ku sayang. Banyak bakti nya. Tapis di sini, tulang segala selamat di raga, tak masuk dalam kuah laksa kita.
  5. Cantik kejadiannya. Pekat kan. Nanti tambah air sikit.
  6. Ini part sambal dia. Korang nak pedas boleh letak cili padi tu lebih. Ini sukatan yang anak anak pon boleh makan.
  7. Kisarkan semua sekali bahan di atas.
  8. Masukkan dalam periuk, jangan letak minyak. Masak bahan-bahan ini selama 10 minit.
  9. Masukkan pula asam keping.
  10. Masak dan kacau sampai mengelegak.
  11. Kemudian apabila sambal dah masak tuangkan ikan yang diblend dan di tapis tadi.
  12. Selepas itu terus masukkan daun kesom dan bunga kantan.
  13. Apabila kuah dah masak letakkan laksa dan tuangkan kuah. Masukkan timun batang, lada dan bawang yang dipotong halus serta telur rebus. 
  14. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ameera

Baca juga: Ini Resepi Asam Laksa Cina Pemikat Selera Tersayang, Cukup Lengkap 3 Rasa Memang Menyelerakan

tags: |