Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Paling Mudah, Kalau Jual Confirm Laku!

Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Paling Mudah, Kalau Jual Confirm Laku!

Kategori: ,
thumnail kuah rojak homemade

Kuah rojak homemade yang mudah dan sedap. Bagi para penggemar rojak atau para penjual yang nak makan atau jual kuah rojak secara homemade ni, resepi ini sangat membantu. Kalau makan dengan buah mangga atau jambu, memang sedap sangat.

Resepi Kuah Rojak Homemade

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas dalam 5 minit. Kemudian, toskan)
  • Belacan (guna belacan melaka dan letakkan mengikut rasa yang diinginkan)
  • 1 cawan gula merah *bukan gula perang* (bancuh dengan secawan air, tapis dan ambik airnya sahaja)
  • 3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kicap (kicap manis cap kipas udang)
  • 5sb sos cili
  • 2sb tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 2sb garam (letak sedikit kalau takut masin)
  • 2sb bijan
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara-cara masak:

  1. Kisar cili dan belacan bersama secawan air sehingga halus. Kemudian, masukkan ke dalam kuali.
  2. Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali)
  3. Masukkan gula pasir.
  4. Masukkan kicap dan sos cili.
  5. Masukkan dulu semua bahan-bahan tadi sehingga mendidih (selalu kacau untuk tidak cepat meruap)
  6. Bila kuah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya seimbang rasanya.
  7. Seterusnya, masukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
  8. Kacau sebati menggunakan api yang slow dan masak sehingga kuahnya agak pekat.
  9. Kemudian masukkan bijan dan 2sb kacang tanah yang di kisar (kacang yang lebih tadi, bila masa nak makan, baru ditabur lagi atas rojak)
  10. Masak lagi sampai pekat hitam memikat.
  11. Siap!

Nota kaki:

  1. Tunggu sejuk baru boleh simpan di dalam bekas
  2. Kuah ni kalau betul2 dimasak sempurna, InsyaAllah tidak basi.
  3. Simpan dalam peti sejuk (simpan dalam suhu bilik pun boleh, jika ianya dimasak dengan betul-betul sempurna)
  4. Nak makan, keluarkan dan cedok sahaja!

Mudahkan resepi Kuah Rojak Homemade ni. Boleh dimakan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Bagi para penggemar rojak atau para penjual boleh lah cuba sekarang. Confirm tak akan menyesal.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Kredit resepi: cikpooja

Kredit gambar: Ameera

Baca juga: Resepi Kuah Rojak Buah Paling Ringkas Dan Paling Sedap. Sekali Cicah Nak Lagi Dan Lagi Sampai Tak Perasan Dah Licin!

tags: | | |