Yong tau fu merupakan makanan yang sering di beli oleh rakyat Malaysia sekiranya mereka ke pasar malam atau pun pasir tani. Tetapi sejak kehadiran COVID-19 ini, ada sesetengah rakyat Malaysia masih takut untuk berkunjung ke pasar walaupun pasar-pasar tersebut telah dibenarkan beroperasi oleh pihak kerajaan.
Walaupun anda masih takut-takut untuk keluar ke pasar malam bagi membeli Yong Tau Fu ini tidak mengapa. Jangan risau kerana anda boleh sediakan bahan dan buat sendiri sahaja dekat rumah ye. Rasanya tetap sama dan pastinya lebih sedap.
RESEPI KUAH HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan taucu
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung ganudm
- 3 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu ,akan sos tiram
- 4-5 sudu makan gula
- 3 cawan air
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan kesemua bahan di atas di dalam pengisar.
- Kisar sehingga taucu menjadi halus.
- Kemudian masak sehingga mendidih.
RESEPI KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 biji bawang putih | diketuk
Bahan Kisar:
- 1/2 Cawan kacang tanah yang sudah di goreng
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 4-5 sudu makan gula
- 3 cawan air
- 1/4 sudu makan garam
Cara Penyediaan:
- Kisar semua bahan di atas sehingga kacang menjadi halus kecuali cili kisar.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih kemudian masukkan cili kisar. Dan tumis sehingga kering.
- Kemudian masukkan semua bahan yang dikisar tadi, masak sehingga kuah menjadi pekat atau lebih kurang 5 minit.
- Apabila dah pekat dan masak bolehlah makan dengan apa-apa bebola, hot dog, sayur, sotong kangkung dan lain-lain.
- Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Hamidah Ida