Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Pekat Likat & Sedap, Sekali Rasa Berbulan-Bulan Teringat!

Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Pekat Likat & Sedap, Sekali Rasa Berbulan-Bulan Teringat!

Kategori:
resepi kuew tiaw kungfu

Kuew Tiaw Kungfu merupakan antara menu yang popular dan disukai oleh rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi kalau masakan yang pekat likat dan cukup rasa. Memang mengancam lah kan? Teringin nak buat Kuew Tiaw Kungfu yang pekat likat serta sedap? Jom kita ikuti perkongsian resepi daripada Cikgu Afy ini.

Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Pekat Likat & Sedap, Sekali Rasa Berbulan-Bulan Teringat!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Goreng Kuew Tiaw:

  •  3/4 plastik Kuew Tiaw halus
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • Serbuk lada sulah

Bahan Kuah:

  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 tangkai cili | diketuk
  • 2 cawan air
  • 1/2 sdb serbuk lada sulah
  • 1/2 sdb perencah Hilal/ secukup rasa
  • 3/4 sdb garam
  • 1 atau 2 cubit gula
  • 1 sd tepung jagung (larutkan dengan sedikit air dulu)
  • 1 biji telur

Bahan Lain:

  • Kailan
  • Carrot
  • Bunga kubis
  • Cili merah
  • Udang
  • Sotong
  • Fishball
  • Fishcake
  • Ayam/daging (kalau nak)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan semua bahan goreng kuew tiaw.
  2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan kuew tiaw tadi dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
  3. Guna kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Tumiskan bawang putih dan cili tadi.
  4. Kemudian masukkan 2 cawan air.
  5. Masukkan sayur kubis bunga dan carrot terlebih dahulu. Kemudian perasakan dengan serbuk lada sulah, perencah hilal, garam dan gula. 
  6. Seterusnya untuk pekatkan kuah masukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
  7. Selepas kubis bunga mula lembut, masukkan sotong, udang, fishball dan fishcake tadi. Kalau nak letak ayam, boleh masukkan terlebih awal.
  8. Kemudian tuangkan telur dari aras atas dan kacau laju-laju. 
  9. Akhir sekali masukkan baki sayur.
  10. Kacau seminit dan siap kuahnya.
  11. Sendukkan kuah ke atas kuew tiaw tadi dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Afy AL Habibi

tags: