Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sedap Sangat! Wanita Ini Dedah Resepi Kuey Teow Celup Kelantan Yang Mudah, Pejam Mata Pun Boleh Siap!

Sedap Sangat! Wanita Ini Dedah Resepi Kuey Teow Celup Kelantan Yang Mudah, Pejam Mata Pun Boleh Siap!

Kategori:
Resepi Kuey Teow Celup Kelantan

Mana orang Kelantan atau pernah ke Kelantan dan merasai hidangan Maggi Celup, Mihun Celup atau pun Kuey Teow Celup di sana. Mesti lain daripada lain kan? Sebab rasa dia memang tersangat sedap. Kalau sekarang ni korang terasa nak makan, boleh je buat sendiri dengan menggunakan resepi di bawah ini. Sangat mudah, sambil pejam mata pun boleh siap!

Resepi Kuey Teow Celup Kelantan Yang Mudah, Pejam Mata Pun Boleh Siap!

BAHAN-BAHAN:

Bahan sup :

  • Daging buku besar (jangan hiris)
  • Tulang
  • 1 sup bunjut
  • Akar ketumbar
  • Perut lembu
  • Ketulan ayam
  • 1 sudu kicap lemak manis
  • 1 sudu kicap pekat Jalen
  • 1 sudu sos ikan
  • Tauge

Bahan lain:

  • Mi//bihun/kuewtiaw/maggi
  • Kangkung

Bahan rencah rasa :

  • Gula
  • Garam halus
  • Kacang tanah tumbuk
  • Air lada
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng dadu (beli siap)
  • Lobak jeruk asin
  • Cili siam jeruk
  • Sos ikan
  • Perencah maggi
  • Serbuk chili flakes
  • Limau nipis
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)

CARA PENYEDIAAN:

Kuah Sup:

  1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan daging, tulang, sup bunjut dan akar ketumbar.
  2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
  3. Perasakan dengan secubit dua sahaja garam. Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
  4. Keluarkan isi sup tadi. Tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat Jalen dan sos ikan. Kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini.
  5. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
  6. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.

Aneka Lauk:

  • Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas. ( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)

Aneka Mi Dan Sayur ( untuk versi sedikit boleh celur sekaligus)

  1. Penyediaan nasi air. Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
  2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
  3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
  4. Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup. ( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)

CARA HIDANGAN :

  1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
  2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
  3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
  4. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Afy AL Habibi Via MAHN

Baca juga: Resepi Char Kuey Teow Paling Ringkas Dan Paling Padu, Sekali Ngap Tak Terkata Nikmatnya!

tags: |