Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuey Teow Goreng Padu, Tak Terkata Sedapnya

Kuey Teow Goreng Padu, Tak Terkata Sedapnya

Kategori:
Kuey Teow Goreng

Rasa nikmat lain macam bila makan Kuey Teow Goreng di kedai mamak atau restoran, betul tak? Lagi mantap bila ada cili potong kat tepi. Tak terkata kesedapannya.

Tapi lagi puas hati kalau buat hasil air tangan kita sendiri dan hidangkan kepada keluarga. Bukan setakat sepinggan, satu kuali pun boleh habis dalam masa sekejap je.

Tak percaya? Hah, sebab tu kami sediakan resepi padu dari Che Nom ni. Sedap sangat, ramai yang dah cuba dan terbukti memang menjadi!

Resepi Kuew Tiaw Goreng Confirm Sedap

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis

Bahan-bahan kuew tiaw goreng:

  • Sedikit minyak masak
  • Bahan-bahan kisar halus
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 keping fish cake
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat/caramel
  • Udang
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 pek kuey teow
  • 1 biji telur
  • Sedikit sos ikan
  • Taugeh
  • Daun kucai

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis sehingga naik minyak.
  2. Masukkan fish cake. Tambahkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat dan juga udang.
  3. Masukkan sedikit air dan lada sulah.
  4. Masukkan kuew tiaw, kacau seketika dan masukkan telur.
  5. Perasakan garam gula secukupnya. Masukkan sayur taugeh dan kucai.
  6. Kacau sebati. Dah siap.

Selamat mencuba…

Baca juga: Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Pekat Likat & Sedap, Sekali Rasa Berbulan-Bulan Teringat!

tags: