Siapa yang pernah merasai zaman pasar malam pada era 90 an pasti pernah makan kuey teow jalanan yang dibungkus dengan kertas. Sekarang masih ada yang jual seperti ini, tapi sudah susah nak jumpa.
Seorang lelaki dan juga peniaga pasar malam yang dikenali sebagai Emee Sham berkongsikan resepi kuey teow jalanan seperti era 90 an dahulu. Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resepi lengkap di bawah.
Susah Dah Nak Jumpa Kuey Teow Jalanan Bungkus Macam Ni, Peniaga Ini Kongsi Resepinya
Bahan-bahan:
-
Sebungkus kuey teow(leraikan)
-
5 ulas bawang putih cincang halus
-
10 ekor udang buang kulit (Kulit udang direbus amik stok air rebusan)
-
Segenggam tauge
-
Daun kucai
-
Kicap cair
-
Kicap lemak manis
-
Sos tiram
-
Cili kisar
-
Telo 2 biji
Cara memasak:
- Goreng telur. Hancurkan, kemudian ketepikan dalam pinggan.
- Tumis bawang putih sehingga keperangan.
- Kemudian masukkan isi udang, biarkan seketika.
- Masukkan pula cili kisar, tumis sehingga cili garing.
- Kemudian masukkan sos tiram, stok rebusan kulit udang dan kicap cair masin. Kacau rata.
- Letakkan air mengikut kesukaan masing-masing.
- Bila dan mendidih, masukkan kuey teow dan gaul rata sampai sebati.
- Tuangkan kicap lemak manis, gaul rata dan masukkan telur tadi. Gaul sebati.
- Bila warna dah cantik, letakkan tauge dan daun kucai. Gaul rata.
- Tutup api, siap!
Kredit: Emee Sham