Kuey Tiaw Kungfu merupakan santapan yang tidak berat dan tidak juga ringan. Mungkin bagi individu yang makan banyak, sepinggan kuey tiaw tak cukup. Lebih-lebih lagi kalau dekat kedai tu dia sediakan sedikit sahaja untuk semangkuk. Jadi kalau nak makan sepuasnya, boleh cuba buat sendiri dekat rumah. Senang je tapi rasanya tersangatlah sedap.
BAHAN-BAHAN:
Untuk goreng:
- Sedikit minyak masak
- 2-3 biji telur
- 1 paket kuey tiaw dibahagikan untuk mangkuk-mangkuk seorang makan
Untuk Kuah:
- 3 biji bawang putih (diketuk)
- 1 bahagian dada ayam
- 10 ekor udang & sotong
- 1 batang carrot
- 4 biji ank jagung (baby corn)
- 2 pokok sayur kailan
- 1/2 sudu white pepper
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu minyak bijan
- Sedikit garam
- 1/2 kiub ayam
- 2 -3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak masak.
- Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan & masukkan isi ayam. Kacau sampai ayam masak.
- Masukkan sos tiram supaya rasa sedap.
- Masukkan air,kiub ayam. Bila hampir menggelegak masukkan carrot , anak jagung,batang kailan, udang & sotong dan masak sehingga sayur agak empuk.
- Masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.
- Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak-agak banyak mana kuah korang nak. Fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Dah siap, curahkan kuah ke dlm pinggan berisi kuey tiaw goreng tadi & enak dimakan panas-panas.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Shai Anne Ahemed Via MAHN